Isteri kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, Ira Kazar sekali lagi menjadi perhatian apabila dia tampil memuat naik satu hantaran Instagram Story memaparkan hidangan stik untuk santapan keluarga.
Terlihat bahagia melayari bahtera rumah tangga bersama suami tersayang, nampaknya Ira memang gemar memasak untuk ahli keluarganya.
Sajian stik stirloin itu turut dilengkapi sos lada hitam dan kentang lecek hasil air tangannya sambil berlatarbelakangkan lagu Hot in Here nyanyian Nely.
Terdahulu, Ira pernah dipuji kakak kandungnya kerana handal memasak hidangan sotong tumis. Kemudian, tular pula video anak beranak itu sedang menikmati bubur som som dan taufufa yang dipuji lemak manis.
Berikutan itu, ramai netizen meneka punca Syamsul sayang benar akan Ira kerana kerajinan wanita itu yang rajin dan pandai memasak.