Lama Menyepi, Ira Kazar ‘Upload’ Gambar ‘Selfie’ Terbaru Lepas Kes Saman Selesai

Hiburan

Lama Menyepi, Ira Kazar ‘Upload’ Gambar ‘Selfie’ Terbaru Lepas Kes Saman Selesai

Semalam, kes saman antara pelakon, Puteri Sarah Liyana dengan bekas madunya, Ira Kazar telah diselesaikan secara baik di luar Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur.

Menurut peguam mewakili Sarah iaitu Puteri Ummi, keputusan itu telah mendapat persetujuan daripada kedua pihak yang kemudian mahkamah merekodkan persetujuan itu.

Advertisement

Terkini, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin telah memuat naik hantaran gambar swafoto terbaharu di akaun Instagram miliknya.

ira

Menerusi hantaran tersebut, isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu dilihat memakai baju berwarna hijau bersama tudung berwarna krim.

Bagaimanapun, Ira tidak meyertakan sebarang kapsyen pada hantaran tersebut sebaliknya hanya meletakkan lagu Liquid nyanyian penyanyi, Shay.

Difahamkan, anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi itu sudah lama tidak mengemaskini akaun Instagram miliknya dan kali terakhir memuat naik gambar adalah pada 1 Ogos 2022.

ira

Sebelum ini, Mahkamah telah mengeluarkan perintah injuksi menyatakan Ira atau sesiapa yang mempunyai kaitan dengan Ira untuk tidak mengganggu ketenteraman dan kedamaian Puteri Sarah.

Info tambahan, Ira dan dua ahli keluarganya termasuk bapanya, Kazar Saisi dan kakaknya, Yasmin Kazaruddin antara yang disaman oleh pelakon itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sarah
10 months ago

Kes Saman Puteri Sarah Selesai, Ada Yang Tak Puas Hati Ira Kazar Terlepas - "Seronok Lah Keluarga Penyondol"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...