Kes Saman Puteri Sarah Selesai, Ada Yang Tak Puas Hati Ira Kazar Terlepas – “Seronok Lah Keluarga Penyondol”

Hiburan

Kes Saman Puteri Sarah Selesai, Ada Yang Tak Puas Hati Ira Kazar Terlepas – “Seronok Lah Keluarga Penyondol”

Kes saman antara pelakon, Puteri Sarah dengan bekas madunya, Ira Kazar telah berakhir dengan baik.

Menurut laporan Kosmo, peguam mewakili Sarah iaitu Puteri Ummi memaklumkan kes saman itu diselesaikan secara damai di luar Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur.

Advertisement

Bukan itu sahaja, perkara itu telah mendapat persetujuan kedua-dua pihak yang kemudian mahkamah merekodkan persetujuan itu.

Penghakiman persetujuan telah direkodkan di mana pihak-pihak telah menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah dan kes selesai.

Difahamkan, penghakiman persetujuan bermaksud kes diselesaikan di luar mahkamah dengan kedua pihak bersetuju dengan terma pernyelesaian.

Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dan dua ahli keluarganya diwakili peguam, Ammar Ghalip selaku defendan dalam prosiding hari ini.

Info tambahan, dua ahli keluarga yang disaman ialah bapa Ira iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi dan kakaknya, Yasmin Kazarudin.

ira

Meninjau ruangan komen di sebuah portal hiburan, rata-rata netizen telah meluahkan rasa tidak puas hati kerana Ira dan keluarganya terlepas dari hukuman yang sepatutnya.

Bukan itu sahaja, netizen turut mendakwa Ira dan keluarganya sudah pasti meraikan perkara itu selepas kes saman tersebut selesai di luar mahkamah.

ira

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zul mutawif
10 months ago

"Kalau Saya Jadi Mutawif Tak Tahulah Apa Jadi Kat Jemaah. Saya Jadi Mutawif Bahaya" - Zul Ariffin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...