Sorok Nikah, Perbuatan Ramli MS & Alyah Tak Salah – Ustaz Kazim Elias

Hiburan

Sorok Nikah, Perbuatan Ramli MS & Alyah Tak Salah – Ustaz Kazim Elias

Menarik penjelasan daripada Ustaz Kazim Elias mengenai perkahwinan Ramli MS dan Alyah. Secara umum, ramai orang (termasuk Abang Nara) mengkritik tindakan komposer terkenal ini yang telah menyorok pernikahannya dengan Alyah selama setahun. Hanya baru-baru ini apabila diserbu oleh JAIS barulah status perkahwinan mereka terbongkar. Untuk makluman, mereka berdua telah disatukan sebagai suami isteri di Batam, Indonesia.

kazim elias

Advertisement

Secara asasnya, perkahwinan di dalam Islam perlu diwar-war dan dihebahkan walaupun dengan seekor kambing sahaja. Namun penjelasan daripada Ustaz Kazim Elias ini menunjukkan bahawa perbuatan menyorok pernikahan daripada umum yang telah dilakukan oleh Ramli MS adalah tidak salah. Kata Ustaz Kazim Elias:-

Sebenarnya, perkahwinan kita sunat untuk diwar-warkan dan dengan itu kita juga disunatkan membuat kenduri walaupun dengan seekor kambing sahaja.

Ini bererti, seekor kambing itu cukup untuk keluarga terdekat sahaja dan sekiranya pasangan itu enggan memberitahu kepada umum, itu hak mereka. Yang penting, perkahwinan itu sah dan keluarga terdekat sudah tahu

Malah perbuatan Alyah yang selama ini tidak mengiyakan perkahwinannya dengan Ramli MS juga dibenarkan di dalam Islam. Terang Ustaz Kazim Elias lagi:-

Tak payahlah nak hentam pasangan itu. Mereka tidak bersalah, malah ada hak mahu merahsiakan perkahwinan itu.

Selain itu, menafikan pernikahan kepada umum juga tidak akan jatuh talak sebaliknya ia dipanggil kategori Kinayah.

Bagaimanapun, bagi pihak Ramli mahupun Alyah pula, mereka pun tidak perlu melatah kerana menjadi normal sebagai selebriti, masyarakat mahu tahu semua mengenai mereka

alyah

Hari ini Abang Nara belajar benda baru selepas membaca penerangan Ustaz Kazim Elias ini. Rupa-rupanya perbuatan Ramli MS dan Alyah tidak salah dari segi agama. Selama ini pemahaman Abang Nara silap. Terima kasih kepada Ustaz Kazim atas penerangan ini. Semoga pembaca BeautifulNara tidak lagi menyalahkan Ramli MS dan Alyah kerana perbuatan mereka selama ini. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...