“Sorang Penoreh Getah, Sorang Tukang Urut” – Main ‘Filter’ Berdua, Netizen Tanya Tom Dan Fuad Duduk Satu Rumah Ke?

Hiburan

“Sorang Penoreh Getah, Sorang Tukang Urut” – Main ‘Filter’ Berdua, Netizen Tanya Tom Dan Fuad Duduk Satu Rumah Ke?

Masih hangat diperkatakan netizen, pasangan kekasih penyanyi kelahiran Singapura, Fuad Rahman dan Tom sekali lagi mencuri tumpuan apabila mereka berdua memuat naik video bersama di TikTok.

Dalam video tersebut, kedua-duanya dilihat sedang bermain ‘filter’ sebuah aplikasi media sosial ‘Pekerjaan Berdasarkan Wajah’.

Advertisement

Fuad dan Tom kemudiannya terlihat ketawa besar apabila kedua-duanya dikesan ‘bekerja’ sebagai penoreh getah dan juga tukang urut.

Tom Fuad
2023-01-06 10:57:29

"Suami Pun Pandai Uruskan.." - Fuad Rahman & Tom 'Kantoi' Umum Sebenarnya Dah Bernikah?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pasangan kekasih yang hangat bercinta ini.

Namun dalam keseronokan itu, ada sesetengah warga maya tampil menyoal sama ada mereka berdua tinggal di kediaman yang sama atau dengan kata lain ‘bersekedudukan’.

Namun begitu, pertanyaan netizen prihatin itu tidak pula dijawab pasangan ini.

Apa pun kita doakan mereka berdua cepat kahwin ye!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok