“Suami Pun Pandai Uruskan..” – Fuad Rahman & Tom ‘Kantoi’ Umum Sebenarnya Dah Bernikah?

Hiburan

“Suami Pun Pandai Uruskan..” – Fuad Rahman & Tom  ‘Kantoi’ Umum Sebenarnya Dah Bernikah?

Semakin bahagia, penyanyi kelahiran negara seberang tambak, Fuad Rahman dan Tom khabarnya sudah ‘terlepas cakap’ yang mengatakan mereka sudah bernikah.

Manakan tidak, kedua-duanya sering menonjolkan aksi mesra di media sosial seperti sudah berumah tangga pula sehingga mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat.

Advertisement

Baru-baru ini, kedua-dua penyanyi itu ada membuat siaran langsung di TikTok dan Fuad dilihat bersahaja ketika membuat kenyataan bahawa peminat pasti terkejut jika mereka mengumumkan sudah bernikah.

Lembut, pandai masak, pandai uruskan anak-anak, suami pun pandai uruskan. Kita kalau cakap dekat diorang yang kita dah nikah mesti diorang terperanjat kan.

Tindakan Tom yang tiba-tiba sahaja panik dan menekup mulut Fuad sekaligus menguatkan lagi spekulasi tersebut.

Namun begitu, Fuad dan Tom tampil berterus terang dan mendedahkan bahawa mereka masih belum berkahwin dan sedang menuju ke arah itu.

Tak ada la, saya cakap kalau kita cakap nak nikah, mesti diorang terperanjat. Yela, kita memang nak nikah tapi belum masanya lagi la. Konon-kononnya saja la, Insya-Alalh. Serius, kita belum nikah lagi.

Kata Fuad, mereka berdua mempunyai urusan yang perlu dilakukan namun mempunyai perancangan untuk mempercepatkan pernikahan yang dirancang kelak.

Syamsul Yusof Puteri Sarah
1 year ago

"Hari Majlis Merisik Pun Nak Gaduh" - Rakan Puteri Sarah Dedah Sikap Syamsul Yusof Yang Sebenar?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak.com

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...