Sophia Albarakbah ‘Busy’ Hadiri Kelas Bahasa Jepun, Akan Buat Kenyataan Rasmi Isu Hubungannya Bersama Aliff Aziz

Hiburan

Sophia Albarakbah ‘Busy’ Hadiri Kelas Bahasa Jepun, Akan Buat Kenyataan Rasmi Isu Hubungannya Bersama Aliff Aziz

Pelakon sensasi Sophia Albarakbah menerusi pengurusnya, Nik Yasmin memaklumkan bahawa aktres itu akan tampil memberikan kenyataan berhubung dakwaan masih menjalinkan hubungan dengan pelakon Aliff Aziz tidak lama sahaja lagi.

Nik berkata demikian ketika dihubungi media selain memberitahu pihaknya sedia maklum mengenai kisah-kisah panas membabitkan Sophia yang berlaku pada ketika ini.

Advertisement

Kita tunggu dia cakap sendiri sebab saya tak mahu salah cakap, saya pula hanya menguruskan kariernya sahaja. Saya tak mahu keluar daripada mulut saya akan beri kesan kepada kerjaya Sophia.

Saya tahu benda yang berlaku dan sudah tentu saya pihak pengurusannya prihatin dengan benda sedang rancak diperkatakan. Kami pun ada berbincang kerana ketika kejadian itu berlaku kami ada bersamanya.

Maklum Nik lagi, Sophia kini sibuk menghadiri kelas bahasa Jepun bagi persediaan drama From Saga With Love musim kedua yang akan mula menjalani penggambaran pada Mei ini.

Terdahulu, teman wanita Aliff Aziz, Sarah Yasmin mendedahkan Sophia masih lagi berhubungan dengan aktor itu dan mendakwa dia turut mempunyai akaun Instagram palsu yang digunakan untuk berkomunikasi dengan Aliff.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Irma Hasmie
1 week ago

"Jangan Hitung Berapa Kali Orang Menyakitimu Tapi.." - Irma Hasmie Kongsi Kata Nasihat, Netizen Doakan Yang Terbaik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...