“Jangan Hitung Berapa Kali Orang Menyakitimu Tapi..” – Irma Hasmie Kongsi Kata Nasihat, Netizen Doakan Yang Terbaik

Hiburan

“Jangan Hitung Berapa Kali Orang Menyakitimu Tapi..” – Irma Hasmie Kongsi Kata Nasihat, Netizen Doakan Yang Terbaik

Susulan daripada berita pernikahan baru suami kepada Irma Hasmie, Redza Syah Azmeer di Instagram semalam, ramai yang meluahkan rasa terkejut dan tertumpu kepada pelakon dan personaliti TV itu.

Berikutan itu, ramai peminat dan pengikut media sosial Irma tampil memberikan kata-kata semangat buat pelakon filem Cinta Fotokopi itu .

Advertisement

Terbaru, Irma ada berkongsi kata-kata nasihat daripada Habib Umar bin Hafidz di ruangan Instagram Story miliknya.

Irma Hasmie

Jangan hitung berapa kali orang menyakitimu, tapi hitunglah berapa kali kamu menyakiti Allah SWT dan Allah SWT tidak pernah meninggalkanmu.

Mejengah ke ruangan komen, peminat mendoakan agar Allah SWT menghadirkan kebahagiaan yang baru buat Irma dan terus menjadi wanita hebat.

Sebelum ini, muncul dakwaan rumah tangga pelakon itu dikatakan bergolak gara-gara dia tidak lagi berkongsi foto suaminya itu di media sosial.

Irma juga enggan mengulas dakwaan berkenaan kepada media. Sekadar info, mereka berdua telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Selain itu, kami kongsikan artikel trenging yang lain pada pautan di bawah.

Suami irma hasmie kahwin lain
1 week ago

Tular Gambar Di Atas Pelamin & Berpegang Tangan, Suami Irma Hasmie Dah Berkahwin Dengan Wanita Lain?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...