SOP ‘Mall’ Lebih Longgar, Khai AF Sedih Tengok Pakcik Merayu Nak Jemaah Di Masjid

Hiburan

SOP ‘Mall’ Lebih Longgar, Khai AF Sedih Tengok Pakcik Merayu Nak Jemaah Di Masjid

Impian penyanyi kelahiran realiti TV, Khai Akademi Fantasia (AF) hancur musnah apabila hajatnya untuk menunaikan solat jumaat di masjid tidak kesampaian.

4 years ago

Teringin Buat 'Comeback' Dalam Bidang Nyanyian, Khai Dan Rosma AF Idamkan Lagu Ciptaan Hael Husaini

Advertisement

Khai atau nama sebenarnya Khairul Nizam Mohamad,41, bertambah kecewa apabila melihat jemaah lain yang lebih berusia turut tidak dibenarkan memasuki masjid meskipun sudah lengkap dua dos vaksin.

View this post on Instagram

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma)

Ini berikutan had jemaah bagi sesebuah masjid sudah pun penuh seperti yang dimaklumkan petugas bertanggungjawab menyelia rumah ibadah itu.

Saya berada di sebuah masjid besar di Bangi, Selangor seawal pukul 12 tengah hari tapi tidak dibenarkan masuk. Ramai lagi kat luar masjid itu terutamanya pakcik-pakcik yang menunggu. Kasihan ada pakcik yang datang merayu, kami semua tak boleh masuk solat walaupun sudah menerima vaksin lengkap.

Suami kepada penyanyi Rosma ini meluahkan perasaan kesalnya itu di Instagram baru-baru ini.

Dia dalam pada itu sempat meminta kerajaan untuk menyemak kembali prosedur operasi standard (SOP) berkaitan aktiviti solat berjemaah di masjid.

View this post on Instagram

A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma)

Katanya, peraturan terdahulu sudah tidak relevan memandangkan ramai penduduk lembah Klang sudah pun melengkapkan dua dos vaksin.

“Seminggu sekali je bukan hari-hari macam di Mall. Sedangkan Mall pun tak ada had langsung sekarang ni janji dah suntik vaksin.” luah Khai lagi.

Sekadar info, kerajaan negeri Selangor telah membenarkan solat Jumaat dan solat fardhu dilakukan di semua masjid dan surau sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1. Menurut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kehadiran solat Jumaat adalah sekitar 50 hingga 100 jemaah dalam satu-satu masa.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...