Baru-baru ini, tular di platform media sosial video yang membuat ramai netizen ‘tepuk dahi’, apabila ia memaparkan pasangan kekasih sedang solat berjemaah secara ‘online’.
Bukan saja netizen bersuara, malah seorang pendakwah bebas yang dikenali sebagai Furqan Fawwaz tampil menegur perbuatan tersebut yang kini dilihat sudah semakin viral.
View this post on Instagram
Perkara yang membuatkan video itu mendapat perhatian ramai, apabila gadis di dalam video call itu memakai telekung dan solat berjemaah bersama-sama.
Menurut Furqan, dia tidak faham apa yang difikirkan oleh orang yang melakukan hal tersebut dan ia perlu ditegur kerana solat merupakan penghubung antara kita dan Allah SWT.
Tambahannya lagi, pasangan ini perlu memohon keampunan dan berfikir sebelum melakukan sebuah content seolah-olah mempersendakan agama Islam.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen sememangnya mengecam individu-individu terbabit kerana tidak berfikir dahulu sebelum membuat content.