Pelakon, Datuk Aaron Aziz bersama beberapa pelakon lain dari Malaysia telah diundang ke tayangan perdana filem Extraction 2 yang diadakan di Manila, Filipina.
Bukan itu sahaja, Aaron atau nama sebenarnya Aaron Mustapha bin Aziz turut berpeluang bertemu dengan pelakon antarabangsa, Chris Hermsworth.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, pelakon berusia 47 tahun itu juga dilihat sempat bersalaman dan bergambar bersama aktor yang terkenal dengan watak Thor itu.
Dalam pada itu, Aaron meluahkan rasa syukur kerana berpeluang untuk bertemu dengan Chris dan memaklumkan pertemuan itu merupakan kejutan yang dimaksudkan sebelum ini.
Alhamdulillah ini lah surprise yang abang katakan. Allah knows best. Fight scenes GEMPAK gila!! 100 times better than Fast X.
@therealaaronaziz Alhamdulillah ini lah surprise yg Abg katakan. ALLAH knows best.@NetflixMY @NetflixFilm : #TylerRakeLives #Extraction2PH Fight scenes GEMPAK gila!! 100 times better than Fast X. @chrishemsworth @samhargrave (Director) @iedilputra #f #fyp #fy #fyp? #aaron #aaronaziz #fyp??viral
Meninjau di ruangan balas, ramai peminat yang menyifatkan pertemuan itu sebagai satu rezeki buat Aaron selepas namanya digugurkan oleh pengarah sensasi, Syamsul Yusof dalam filem Original Gangster.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut menumpang rasa bangga melihat pelakon berasal dari Singapura itu kini sudah sepentas dengan pelakon antarabangsa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.