Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sokong Minat Suami, Memey Buatkan Gim Mini Di Rumah Untuk Norman Hakim

Norman Hakim Memey

Pelakon Memey Suhaiza khabarnya ada membuat kejutan istimewa buat suami, pelakon Norman Hakim apabila dia telah menyediakan sebuah ruangan khas yang lengkap dengan peralatan gimnasium di rumah mereka.

Advertisement

Ujar Memey, itu hanyalah satu bentuk penghargaan dan tanda sokongan terhadap minat suaminya yang suka bersenam dan membina badan.

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Katanya lagi, dia tidak akan menyekat dan menghalang minat suaminya itu asalkan dia bahagia.

Bila berpasangan, kita sokong apa yang dia suka. Perkahwinan bukan halangan untuk halang apa hobi / kesukaan pasangan kan. Biar dia rasa selesa dan seronok tak ada halangan.

Tulis pelakon jelita ini lagi, Norman sangat gemar untuk melakukan aktiviti fizikal dan menganggap itu sebagai ‘jiwa’ aktor tersebut.

View this post on Instagram

A post shared by wifeyNH (@memeysuhaiza)

Advertisement

Tambah Memey, tidak salah untuk seseorang memiliki hobi asalkan tahu akan tanggungjawab masing-masing.

Sekadar info, Memey telah mendirikan rumah tangga bersama Norman Hakim pada 24 September 2011.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim,8, Muhammad Dikhriz Hakim,6, dan Mikayla Delisha Hakim,3.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. Azman

    August 26, 2021 at 1:21 pm

    Saling lengkap melengkapi. Itulah tujuan berumahtangga

  2. brunes

    August 24, 2021 at 11:47 am

    Tanpa badan yang berketul2 norman hanya tinggal soul less handsome face. maka gigih lah isterinya set up home gym katanyerr. dan tak lama lagi kak yebby akan tidak mau kalah dengan hadiahkan suami dengan dot dot dot…. stay tuned guyss

  3. Anonymous

    August 24, 2021 at 10:45 am

    takut lah itu lakinya berkhalwat lagi mcm mereka buat dulu

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top