“Siti Nurhaliza Pakai Seksi Tu Berani Tegur Ke Tak?” – Individu Persoal PU Syed, Didakwa ‘Memilih’ Nak Beri Teguran

Hiburan

“Siti Nurhaliza Pakai Seksi Tu Berani Tegur Ke Tak?” – Individu Persoal PU Syed, Didakwa ‘Memilih’ Nak Beri Teguran

Seorang individu baru-baru ini telah meninggalkan komen berbaur soalan ‘pedas’ kepada penceramah selebriti, PU Syed di laman Facebook.

Individu itu dilihat bertanyakan kepada PU Syed sama ada dia berani untuk memberikan nasihat dan teguran kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang didakwa berpakaian mengikut bentuk badan dan ketat.

Advertisement

PU Kau berani ke tegur Dato Siti sebab pakai ketat ikut bentuk badan? Kau berani ke tegur kumpulan Dolla juga? Confirm tak.

Sebab aku perhati je dengan kau ni, kalu lebih memilih artis yang banyak haters. Yelah kalau dato siti, dolla kan banyak supporters mana kau berani.

Maklum dengan komen itu, PU Syed tampil memberi respon di mana dia merasakan individu itu terlalu bersemangat dalam meninggalkan komen kepadanya.

Budak mana tak tahu, semangat sangat komen.

Terdahulu, PU Syed sememangnya dikenali sebagai seorang yang lantang memberi teguran kepada artis dan selebriti seperti Baby Shima, Sajat dan ramai lagi.

Shuhada Hafidz Roshdi
11 months ago

"Tak Sorok Apa, Kami Bercinta Secara Islamik" - Shuhada Kongsi Detik Perkenalan Dengan Hafidz Roshdi Di Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...