“Tak Sorok Apa, Kami Bercinta Secara Islamik” – Shuhada Kongsi Detik Perkenalan Dengan Hafidz Roshdi Di Instagram

Hiburan

“Tak Sorok Apa, Kami Bercinta Secara Islamik” – Shuhada Kongsi Detik Perkenalan Dengan Hafidz Roshdi Di Instagram

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada baru-baru ini ada melayan peminat di Instagram Story menerusi segmen ‘Ask Me A Question’.

Selain ucapan dan kata-kata semangat, soalan daripada seorang individu ini ternyata telah mencuri perhatian netizen yang setia mengikuti kisah hidup Shuhada dan Hafidz sejak episod kecurangan dan pergolakan rumah tangga melanda mereka berdua.

Advertisement

Individu itu bertanya tentang detik perkenalan dengan Hafidz dan adakah aktor itu pernah ‘menyembunyikan’ Shuhada sepanjang perkenalan mereka.

Macam mana Shu kenal H (Hafidz)? Berapa lama kenal? Dia pernah hide Shu dari orang-orang ke?

Menjawab soalan itu, Shuhada memaklumkan bahawa dia mengenali Hafidz ketika dia masih melanjutkan pelajaran di sebuah universiti.

Shuhada Hafidz RoshdiSumber : Instagram  
Shuhada Hafidz RoshdiSumber : Instagram  

Hafidz pada waktu itu sering memintanya untuk mengajar subjek dan sering ‘berdating’ di perpustakaan sebelum memutuskan untuk berkahwin.

Kenal 2-3 years before kahwin dan tak ada sorok apa. Memang terbuka je bercinta secara Islamic. Tapi tula, dia kata tiber kita bukan soulmate dia pulak kerana taste lagu tak sama.

Difahamkan, Shuhada merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ekonomi dan kewangan.

Ibu Qistina raisah
11 months ago

"Patut Nasihat Anak Tu Dulu" - Qistina Raisah Dikecam Hebat Netizen, Ibu Tampil Beri Nasihat Buat Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...