Siti Nordiana Minta Maaf Jika Ada Kekurangan Nyanyikan Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Respon – “Babe, Awak Dah Buat…”

Hiburan

Siti Nordiana Minta Maaf Jika Ada Kekurangan Nyanyikan Lagu Kisah Hati, Datin Alyah Respon – “Babe, Awak Dah Buat…”

Sejak Ahad lalu, hangat menjadi bualan tentang komen penyanyi seberang, Hetty Koes Endang atau Bunda ketika menjadi juri di konsert All Stars Gegar Vaganza.

Bunda yang ketika itu memberi komen persembahan Siti Nordiana berkata dia menyanyikan lagu Kisah Hati lebih bagus daripada Datin Alyah, penyanyi asal.

Advertisement

Alyah
5 months ago

"Balik Je La Indonesia Tu!" - Instagram Hetty Koes Endang Dipenuhi Kecaman Netizen Gara-Gara Perbandingan Alyah Dan Siti Nordiana

Hal itu mencetuskan suasana dingin selepas ramai tidak berpuas hati dengan komen Bunda malah Siti Nordiana sendiri turut enggan perkara tersebut memberi kesan terhadap hubungannya bersama Alyah.

Menerusi Instagram, Siti Nordiana atau  mesra dipanggil Nana memohon maaf kepada Alyah sekiranya ada kekurangan ketika dia menyanyikan lagu asal dendangannya itu.

Maaf ye beb kalau ada kekurangan di mana-mana. Thank you beb datang support and bagi semangat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Alyah kemudian memberikan kata-kata positif kepada Nana dan berkata dia sudah cucba sehabis baik untuk menyampaikan lagu Kisah Hati itu.

Isteri kepada juri, Dato Ramli MS itu turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Nana dan memintanya agar mementingkan penjagaan kesihatan.

Ingat satu ni ya, kita tak pernah salahkan awak langsung. Dan kita berdua tak perlu ada dalam isu ini pun.

Dalam pada itu, ruangan komen hantaran tersebut juga dipenuhi kata-kata semangat buat Nana daripada peminatnya dan rakan artis seperti Jaclyn Victor.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...