“Balik Je La Indonesia Tu!” – Instagram Hetty Koes Endang Dipenuhi Kecaman Netizen Gara-Gara Perbandingan Alyah Dan Siti Nordiana

Hiburan

“Balik Je La Indonesia Tu!” – Instagram Hetty Koes Endang Dipenuhi Kecaman Netizen Gara-Gara Perbandingan Alyah Dan Siti Nordiana

Juri program All Star Gegar Vaganza, Hetty Koes Endang baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen di media sosial setelah dia ada meninggalkan komen yang didakwa merendahkan penyanyi, Datin Alyah.

Hetty Koes Endang atau lebih mesra disapa sebagai Bonda itu sebelum ini telah membuat perbandingan antara Siti Nordiana yang menyanyikan lagu Kisah Hati dengan penyanyi asalnya, Datin Alyah ketika finale ASGV Ahad lalu.

Advertisement

Merinding bulu roma saya masa dengar, menurut Bonda, lebih bagus Nana nyanyi daripada Alyah.

Bukan sahaja penyanyi asal lagu itu yang dilihat tidak berpuas hati, tetapi netizen di media sosial juga seakan-akan menganggap komen Bonda sebagai melampau dan memalukan Alyah.

Malah, netizen juga dilihat membanjiri bahagian komen media sosial Bonda dengan komen berbaur kritikan dan kecaman gara-gara kenyataan itu.

Rasanya patut minta maaf kepada Datin Alyah atas kenyataan yang dibuat. Sebagai seorang yang senior tak sepatutnya Bonda bercakap demikian. Tiada perbandingan untuk setiap penyanyi.

Balik je la Indonesia tu. Tak payah jadi juri dah cari rezeki kat Malaysia tapi tak reti jaga hati orang. Suka-suka je komen Nana better dari Alyah.

Namun begitu, Hetty Koes Endang dilihat tidak memberi sebarang respon atau komen terhadap kecaman yang diberikan netizen terhadap dirinya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

alyah
5 months ago

"Kami Saja Tahu Rasa Sakit Tu.." - Alyah Tidak Setuju Dibandingkan Dengan Siti Nordiana, Mohon Hargai Usaha Penyanyi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...