Isu diantara Siti Nordiana bersama lima sahabatnya iaitu Lan Solo, isteri Lan, Syura Badron, Sam Samin serta jurusolek, Aida G masih berterusan dan telah masuk ke babak baharu.
Menurut peguam ‘lima sekawan’, Alan Razak mengesahkan mereka telah menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada Siti Nordiana atau mesra dipanggil Nana pada Isnin yang dihantarkan oleh peguamnya, Abang Azlan Abang Arifin.
Menerusi tuntutan saman itu, Alan Razak dari Tetuan Alan Razak & Associates berkata Nana telah menuntut permohonan maaf melalui siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 setiap seorang.
View this post on Instagram
RM2.5 juta adalah jumlah tuntutan dari kesemua defendan. Sementera RM1 juta sepertimana dalam notis tuntutan sebelum ini tidak lagi dipakai.
Kata Alan ketika dihubungi oleh pihak Gempak menerusi aplikasi WhatsApp.
Sedia maklum, sebelum ini Nana yang diwakili oleh peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin telah menuntut ‘lima sekawan’ terbabit untuk membayar saman sebanyak RM200,000 setiap seorang berserta permohonan maaf secara terbuka namun gagal dilakukan oleh mereka dalam tempoh yang diberi.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Tiktok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
anonymous
August 5, 2021 at 12:13 am
padan muka kak nam lah lagii ye kawan-kawan yg si jantan tu pun mulut bedah bawang..ni semua cemburu dgn kejayaan nana lah ni
rahsia kecantikkan
August 4, 2021 at 3:36 pm
dok kata nana dah kaya dah ada nama smpi hina kawan2, haa mmg dia kasi betol2 laa. alang2 aib dah sebar kan. baru tergadah masing2. contohilah erra dan umie, masalah setel dalaman. langsung tak berkawan tpi takde sapa bukak cerita, tu barulah matang. salute. nie alahaiiiiiii
Kaya express
August 4, 2021 at 1:07 pm
Tuntutan maaf together dengan duit. Wow
Mak Covid
August 4, 2021 at 12:14 pm
Kesnya senang je. Minta maaf live. Itu je kan?. Tapi bila tak nak minta maaf tu yg jadi kes lawyer. Kena lah byr 200k. Buang lah sikit ego minta maaf dah buat salah, hangus duit huhu.
Lulu
August 4, 2021 at 3:03 pm
Minta maaf DAN bayar sorg 200k baca Syura explained.
Anonymous
August 5, 2021 at 10:48 am
Tapi jika dorg mintak maaf personal slow talk dengan nana kan ke elok je, nana tu lembut je rasenye utk batalkan balik saman, adoi jahat la depa ni
ckld
August 4, 2021 at 11:54 am
kiranya mohon maaf atau tak, 200k tu mmg sebahagian dari tuntutan eh nana?
Lulu
August 4, 2021 at 3:01 pm
Ye
membawangtepitingkapjer
August 5, 2021 at 2:01 am
betul la tu apa yg nana buat sbg pengajaran kpd sekawan bwg ranger & org yg lain.. jgn suka2 sebar fitnah..live pulak tu.. sedikit sbnyk fitnah tu akn mmberi kesan kpd kerjaya nana..