Siti Nordiana Akui Imej Serta Reputasi Tercalar Akibat Fitnah, Mahu Bersihkan Nama Semula

Hiburan

Siti Nordiana Akui Imej Serta Reputasi Tercalar Akibat Fitnah, Mahu Bersihkan Nama Semula

Sedia maklum, sejak kebelakangan ini nama penyanyi Siti Nordiana sering kali menjadi perbualan dan bahan perdebatan netizen, lebih-lebih lagi setelah tercetusnya isu dan perang kemelut peribadinya dengan lima sekawan sejak Julai lalu.

Siti Nordiana
2 years ago

Gara-Gara Kes Fitnah Lima Sekawan, Siti Nordiana Terlepas 'Job' Dan Hilang Pengikut Di Instagram

Advertisement

Menurut Siti Nordiana atau mesra dipanggil sebagai Nana, ketika proses perbicaraan hari pertama baru-baru ini, dia mengakui reputasi serta imejnya sebagai anak seni sedikit terjejas akibat kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan buatnya sebelum ini.

Tambahnya lagi, dia bukan mahu terus-menerus mengeruhkan keadaan dengan mengambil cara seperti itu (tindakan mahkamah), namun ia merupakan salah satu cara untuk membersihkan imej yang sudah tercalar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Siti Nordiana Alias (@sitinordiana)

Saya terima perkara ini sebagai satu ujian besar daripada Allah. Cuma apa yang saya harapkan, semuanya dapat berjalan dengan lancar.

Dalam pada masa yang sama, juara Gegar Vaganza 2015 itu turut memberitahu dia tidak boleh dan enggan mengulas isu terbabit lebih lanjut, terutamanya terma-terma mahkamah kerana proses perbicaraan masih berjalan.

Siti Nordiana

Terbaharu, pada pertengahan Oktober lalu, Nana dan lima individu lain termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura sudah diberi peluang oleh mahkamah untuk menyelesaikan perang antara mereka secara baik, namun peluang bersemuka bertentang mata semasa proses mediasi 19 Oktober lalu disifatkan gagal.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...