Gara-Gara Kes Fitnah Lima Sekawan, Siti Nordiana Terlepas ‘Job’ Dan Hilang Pengikut Di Instagram

Hiburan

Gara-Gara Kes Fitnah Lima Sekawan, Siti Nordiana Terlepas ‘Job’ Dan Hilang Pengikut Di Instagram

Penyanyi Siti Nordiana memaklumkan bahawa reputasinya turut terjejas berikutan terpalit kes fitnah yang melibatkan ‘lima sekawan’ iaitu Lan Solo dan isteri Nur Sheila Hassim, Sam Samin, Syura Badron dan Razidah Senusi.

Siti Nordiana lima sekawan
2 years ago

Kes Saman 5 Sekawan, Siti Nordiana Naik Mahkamah 15 Oktober, Zoey Rahman Antara Saksi

Advertisement

Siti Nordiana yang ditemui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada hari Rabu lalu memberitahu mahkamah bahawa pendapatannya sedikit sebanyak terjejas kerana kehilangan tawaran berlakon dan nyanyian akibat fitnah berkenaan.

Malah, penyanyi lagu Angkara ini juga telah kehilangan ramai pengikut di Instagram sepanjang kontroversi berkenaan berlansung.

Selain buat reviu berbayar, saya ada show menyanyi dan berlakon. Saya tak nafikan ada job yang dibatalkan berpunca daripada kes ini. Tapi saya tak tahu sangat (maklumat lengkap) sebab semua job yang saya terima diuruskan oleh pengurus saya. Terdapat penurunan followers saya di Instagram disebabkan oleh kes ini.

Terdahulu, Siti Nordiana sebagai plaintif berkata pihaknya dan kelima-lima defendan gagal untuk mencapai kata sepakat ketika sesi mediasi yang diadakan pada Selasa, 19 Oktober 2021.

kes lima sekawanSumber : Google  

Dia walau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai terma-terma dan butiran terperinci yang menjadi punca kegagalan mediasi tersebut.

Kita dah berbincang tapi masing-masing tiada kata-kata persetujuan. Kita dah cuba yang terbaik tapi kalau ini jalan penyelesaian (perbicaraan) jadi inilah yang terpaksa kami lakukan. Kita tak boleh kongsikan apa yang dibincangkan. Yang pastinya tiada jalan penyelesaian antara kami.

Sekadar info, Lan Solo dan isteri serta Syura telah diwakili peguam Muhammad Haz Hood dan Alan Razak. Sam Samin Dan Razidah Senusi pula diwakili oleh peguam Nurul Hadzah Hassan dan Zeti Zulkii.

Manakala Siti Nordiana pula diwakili peguam Abang Azlan Abang Ariffin dari Abang Azlan & Associates.

Perbicaraan yang berlangsung selama lima jam itu dilaporkan telah ditangguhkan sehingga 19 November ini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...