Penyanyi, Sissy Imann mengakui dia berasa menyesal kerana terlalu ikutkan emosi sehingga mengambil keputusan untuk menjual album solonya dengan harga RM20.
Sissy atau nama penuhnya Sissy Imann Mohammad Kamil berkata, dia ‘ralat’ memandangkan kos pembikinan album yang dirakamkan di Abbey Road Studios, London itu mencecah puluhan ribu ringgit.
Malah, penyanyi berusia 27 tahun itu turut menyesal apabila membuat keputusan tersebut tanpa berbincang dahulu dengan kedua ibu bapanya.
Memang saya ikut emosi, menyesal (ikut emosi). Kalau kira balik jumlah caj pos terutama ke Singapura juga berkali ganda daripada harga album.
Namun, Sissy menganggap kehadiran rakan-rakan artis yang memberi kata semangat dan mengingatkan semula impiannya menjadi penyanyi wanita tempatan pertama merakamkan lagu di studio ikonik tersebut seakan memberi ‘wake-up call’ untuk dirinya kembali berdiri.
Apa pun ini semua pengajaran.
Dalam pada itu, sepupu kepada Naim Daniel itu menafikan dakwaan mengatakan kontroversi yang mengaitkan dirinya di pentas Famili Duo merupakan strategi ‘gimik’ untuk menjual album.
Kalaulah saya betul-betul nak buat gimik, baik saya letak harga RM150 sekeping atau lebih dari harga RM20. Sebaliknya saya turunkan harga amat rendah yang sebenarnya merugikan saya tapi tak apalah.
Bahkan, Sissy memaklumkan walaupun dia menjual album tersebut dengan harga baharu namun masih tidak dapat membalikkan modal yang dikeluarkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.