“Kiranya Aliff Kuat Jugak Iman Dia” – Gambar Sophia Albarakbah Tunggang Kuda Dipenuhi Komen ‘Nakal’

Hiburan

“Kiranya Aliff Kuat Jugak Iman Dia” – Gambar Sophia Albarakbah Tunggang Kuda Dipenuhi Komen ‘Nakal’

Nama pelakon jelita, Sophia Albarakbah kini sering menjadi bualan hangat netizen selepas terkait dengan kontroversi apabila dia didakwa ‘tersuka’ suami kepada penyanyi, Bella Astillah iaitu Aliff Aziz.

Malah, aktres berusia 29 tahun itu sekali lagi mendapat perhatian orang ramai selepas foto memaparkan dirinya sedang melakukan aktiviti menunggang kuda tular di laman Facebook sebuah portal hiburan.

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, Sophia dilihat memakai pakaian lengkap berkuda termasuk perkakas keselamatan seperti helmet, sarung tangan dan boot.

sophia albarakbah

Difahamkan, pelakon berpendidikan Bioteknologi itu sering memuatnaik gambar dan video memaparkan dirinya sedang menunggang kuda seperti sudah menjadi salah satu hobinya ketika di waktu lapang.

sophia albarakbah

Namun, lain pula yang menjadi perhatian netizen terutama daripada golongan lelaki apabila ruangan komen hantaran tersebut dipenuh dengan komen-komen nakal.

Meninjau di ruangan komen, ada juga yang mengatakan bahawa Aliff mempunyai iman yang kuat dan menyatakan memang patut isterinya Bella berasa ‘terancam’ dengan pelakon kacukan Melayu, Cina dan Arab itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sophia AlBarakbah
2023-02-03 11:26:12

Beauty With Brain! Sophia AlBarakbah Rupanya Graduan Bioteknologi, Banyak Habiskan Masa Di Makmal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook