Pelakon baru dan personaliti media sosial yang mempunyai followers hampir sejuta, Sharifah Rose kini menjadi tanda tanya kepada netizen apabila sudah jarang dilihat di layar kaca televisyen kebelakangan ini.
Pada awalnya, kemunculan Sharifah di salah satu drama bersiri, Kekasih Hati Mr Bodyguard menjadi topik hangat di kalangan warganet apabila digandingkan bersama aktor kacak, Redza Rosli. Namun sekarang, pelakon ini terlihat semakin sendu.
Saya ada je, tak hilang ke mana. Cuma ada drama baru yang belum ditayang. Biasalah industri seni sering bertukar-tukar wajah.
View this post on Instagram
Tambahnya lagi, dia faham tentang dunia lakonan yang perlukan wajah baru untuk ditayangkan kepada penonton. Sharifah juga tidak menafikan dirinya sedang mengambil cuti dari lakonan untuk fokus ke bisnes.
Bukan itu sahaja, pelakon jelita ini tidak menganggap pelakon-pelakon baru sebagai pesaing. Malah, ada juga antara mereka yang merupakan rakan artisnya.
Saya single, but not available. Saya sedang berkawan dengan seseorang.
View this post on Instagram
Apabila ditanya tentang status dirinya, Sharifah akui sedang mengenal hati budi seseorang namun masih belum fikir untuk mendirikan rumah tangga. Katanya, mereka sudah berkenalan jauh sebelum dia menceburi bidang seni.
Tambahan pula, individu bertuah yang sedang berkawan dengan personaliti media sosial ini merupakan seorang usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri.
Selain itu, kami sertakan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.