“Elok Lah Sama-Sama Kuat Menyinggah” – Keluar Jalan Bersama, Netizen Syak Sharifah Rose & Ezrin Loy Bercinta?

Hiburan

“Elok Lah Sama-Sama Kuat Menyinggah” – Keluar Jalan Bersama, Netizen Syak Sharifah Rose & Ezrin Loy Bercinta?

Pelakon dan pempengaruh media sosial, Sharifah Rose menjadi perhatian orang ramai apabila dikatakan sering menjalinkan hubungan cinta yang tidak kekal lama.

Sebelum ini, Rose pernah menjadi bekas kekasih kepada penyanyi, Ismail Izzani dan anak tiri kepada penyanyi, Datuk Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid.

Advertisement

Terkini, pempengaruh berusia 24 tahun itu dilihat keluar berjalan-jalan bersama adik kepada pelakon, Elfira Loy iaitu Ezrin Loy di pusat membeli belah, Pavilion

Menerusi video yang tular di laman TikTok, Rose dan Ezrin dilihat sedang berjalan bersama-sama menuruni eskalator sambil berbual.

Difahamkan, rakaman video itu dipercayai diambil oleh peminat yang terserempak dengan mereka berdua di pusat beli belah tersebut.

Susulan itu, timbul pula spekulasi yang mengatakan mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

@xtra_my

Kiriman peminat XTRA yang nampak Sharifah Rose & Ezrin Loy jalan-jalan di Pavilion. ? Ada apa-apa ke diorang tu? ??? #fyp #xtramy #ezzrinloy #sharifahrose #keluar #sama #beritaditiktok #sembangentertainment

? original sound – ????????™ – ?????????™

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen bagaimanapun tidak pelik melihat mereka berdua memandangkan ramai yang mendakwa mereka sudah lama mengetahui mengenai hubungan pasangan itu.

Bukan itu sahaja, netizen turut mendakwa ini bukan kali pertama mereka melihat Rose dan Ezrin keluar bersama-sama.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pihak yang mengatakan pelakon dan pempengaruh media sosial itu terlalu mudah untuk menukar pasangan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Hulur Tangan Salam Dengan Aktor Thailand, Sharifah Rose Dikritik Netizen - "Makin Hari Bersentuhan Macam 'Nothing'"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...