Hulur Tangan Salam Dengan Aktor Thailand, Sharifah Rose Dikritik Netizen – “Makin Hari Bersentuhan Macam ‘Nothing'”

Hiburan

Hulur Tangan Salam Dengan Aktor Thailand, Sharifah Rose Dikritik Netizen – “Makin Hari Bersentuhan Macam ‘Nothing'”

Baru-baru ini, selebriti dari Thailand, Vachirawit Chivaaree atau lebih terkenal dengan panggilan Bright telah membuat kemunculan di satu acara di Malaysia anjuran Kiehls.

Acara tersebut dihadiri ramai peminatnya yang tidak melepaskan peluang untuk melihat selebriti pujaan mereka secara realiti di Mid Valley.

Advertisement

Pelakon Sharifah Rose turut ada di acara tersebut kerana merupakan face of Kiehls dan sudah tentu berkesempatan dapat berdiri satu pentas dengan Bright.

Rakaman yang diambil ketika acara itu berlangsung dimuat naik oleh ramai peminat Bright di media sosial terutamanya TikTok.

Namun, bukan itu sahaja yang meraih perhatian tetapi tindakan Rose yang bersalaman dengan Bright di atas pentas mengundang pelbagai kritikan.

Menerusi video yang tular di TikTok itu, Rose dilihat menaiki pentas sebelum menghulurkan tangan ke arah Bright kemudian memberikan reaksi teruja kerana dapat menyentuh pelakon itu.

@byvnbaek

SHARIFAH ROSE WITH BRIGHT #bbrightvc #fyp?

? ???????????? – ????? – ?????

Tindakan Rose itu mendapat kecaman netizen kerana tidak menjaga batas bersentuhan dengan lelaki bukan mahram namun ada juga yang seperti tidak hairan kerana pelakon berkenaan pernah berbuat sebegitu sebelum ini.

Nasib baik aku ni mahal, tak kasi lelaki sentuh aku sesuka hati.”

1 year ago

"Kalau Pelakon Lelaki Perlu Angkat, Saya Tak Boleh Elak" - Isu Bersentuhan, Sharifah Rose Anggap Itu Tanggungjawab Pelakon

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...