Memuat naik “screenshot” panggilan video bersama seorang lelaki dengan kapsyen penuh romantis baru-baru ini, ramai sekali ingin tahu siapakah gerangan jejaka yang sudah berjaya mencuri hati pelakon jelita Fasha Sandha.
Fasha akui beliau kini sangat bahagia tetapi beliau masih belum mahu mendedahkan identiti jejaka yang dikatakan sedang rapat dengannya itu. Buat Fasha, biarlah ia menjadi rahsia kerana takut bahagia yang dirasa nanti hilang.
Hanya saya seorang yang tahu dengan siapa saya berkawan. Buat masa ini, saya lebih selesa berkawan saja. Bukan tak nak dedahkan, tetapi saya takut tak jadi. Bahagia kita jangan ditunjuk, nanti orang curi. Derita kita pula jangan beritahu semua orang, nanti kena keji.
Biarlah rasa bahagia itu saya simpan dalam diri. Nanti kalau memang sudah jadi, barulah saya akan kongsi. Apa pun, saya akui sangat bahagia sekarang kerana saya tidak lagi rasa sunyi.
Semoga kebahagiaan Fasha ini akan berkekalan dan siapa tahu mungkin ada jodoh utuk ke fasa yang seterusnya pula. Doakan yang baik-baik sahaja buat beliau.