Baru-baru ini pelakon Rita Rudaini mencuri perhatian ramai dengan memuat naik foto bekas suaminya, Aidil Zafuan bersama anak-anak mereka ketika kecil di akaun Instagramnya. Memberitahu foto itu mempunya nilai sentimental, ada mulut jahat yang mempersoalkan adakah benar beliau belum ‘move on’?
Rita akui beliau masih menyimpan foto-foto lama bersama Aidil tetapi ia hanya sekadar kenangan untuk anak-anaknya sahaja.
Saya masih menyimpan gambar-gambar anak bersama ayah mereka ketika kami bercuti atau apa sahaja aktiviti dalam satu fail khas. Ini kerana ia kenangan anak-anak bersama ayah mereka ketika kami bahagia. Biarpun kisah saya dan suami sudah habis, tidak bermakna kenangan anak-anak bersama ayah mereka hilang juga, itulah nilai sentimental yang saya maksudkan.
Tujuan saya muat naik gambar anak-anak dengan bekas suami walaupun tiada gambar baharu kerana hendak memberitahu, tiada masalah antara saya dengan bekas suami. Jika Aidil hendak melawat anak-anak, saya lagi suka.
Menurut Rita, kali terakhir Aidil bertemu dengan anak-anak mereka adalah sekitar tahun 2014 sebelum pemain bola sepak itu berkahwin buat kali kedua. Sejak daripada itu mereka tidak pernah berjumpa lagi.