Simbah Cat Dekat Crackhouse Comedy Club, Polis Buru Dua Orang Lelaki Disyaki Pelaku Khianat

Berita

Simbah Cat Dekat Crackhouse Comedy Club, Polis Buru Dua Orang Lelaki Disyaki Pelaku Khianat

Kontroversi mengenai kelab komedi Crackhouse masih lagi belum berakhir meskipun salah seorang daripada ahli stand-up komedi telah ditahan polis akibat lawaknya yang didakwa telah menghina agama Islam.

Terkini, kelab komedi yang terletak di Taman Tun Dr Ismail (TTDI)  itu telah dilaporkan disimbah cat berwarna hitam dan merah yang turut terkena pada bahagian pintu utama sebuah bank.

Advertisement

Susulan kejadian, polis menerima laporan daripada kedua-dua pemilik premis dan dua orang lelaki yang disyaki melakukan khianat tersebut masih lagi sedang diburu.

Memetik laporan Kosmo, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata bahawa semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua orang lelaki menaiki Proton Waja membaling dua plastik berisi cat ke arah papan tanda Crackhouse Comedy Club.

Kejadian itu dikatakan berlaku sekitar jam 4.15 hingga 5.09 pagi, dan perbuatan itu menyebabkan sebuah bank turut terkesan apabila pintu utama terkena cat hitam serta kerugian dianggarkan sekitar RM3,000.

Tambah Amihizam, siasatan awal mendapati pengadu tidak mengesyaki mana-mana pihak berkaitan kes berkenaan dan rakaman CCTV akan dihantar ke Jabatan Forensik untuk mendapatkan analisa pakar serta kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

club
2 years ago

(VIDEO) “Acara Menghina Islam?” - Dakwa Hafal 15 Juzuk Al-Quran, Wanita Tiba-Tiba Tanggal Baju Di Kelab Komedi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...