“Sila Google Kalau Tak Kenal Siapa Saya” – Kelly Azman Kecewa Digelar Badut Sarkis Oleh ‘Haters’

Hiburan

“Sila Google Kalau Tak Kenal Siapa Saya” – Kelly Azman Kecewa Digelar Badut Sarkis Oleh ‘Haters’

Personaliti TV dan juga penyanyi, Kelly Azman meluahkan rasa kecewa kerana dirinya menjadi mangsa ejekan sesetengah netizen yang tidak bertanggungjawab.

Kata Kelly, ada individu di luar sana yang menggelarnya sebagai badut sarkis setiap kali muncul dalam program All Together Now Malaysia di televisyen.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by K E L L Y A Z M A N (@kellyazman)

Malah, ada yang mempertikaikan pemilihannya sebagai juri dalam program tersebut kerana ramai yang tidak mengenali siapa dirinya yang sebenar.

Saya bukanlah badut sarkis! Saya ini adalah seorang penggiat seni yang cukup aktif di zaman ini dan badut sarkis itu pula apa? Tolong jelaskan.

Usah juga pertikaikan kepada saya dipilih menjadi juri dalam program itu. Dan, usahlah asyik bertanya soalan yang sama, siapa Kelly Azman? Kalau tak tahu siapa Kelly Azman pergilah Google.

Dalam pada itu, Kelly juga meluahkan rasa hairan terhadap sikap sesetengah orang yang membenci dirinya namun tetapi mahu mengikuti perkembangan setiap kali dia membuat ‘live’ di media sosial.

Dia juga menjelaskan bahawa gaya yang dibawa setiap kali program itu berlangsung adalah semata-mata untuk membawa karakter berbeza ketika berada di dunia nyata.

“Di luar saya menjadi diri saya dan saya adalah lelaki yang sejati. Cukup-cukuplah hentam saya sana-sini” ujarnya lagi.

Nuha Bahrin
1 year ago

"Dah Pakai Nama Nabi Noah.." - Nuha Bahrin Ditegur Pelukis Khat Gara-Gara Rantai Leher Lain Makna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Getaran

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...