“Dah Pakai Nama Nabi Noah..” – Nuha Bahrin Ditegur Pelukis Khat Gara-Gara Rantai Leher Lain Makna

Hiburan

“Dah Pakai Nama Nabi Noah..” – Nuha Bahrin Ditegur Pelukis Khat Gara-Gara Rantai Leher Lain Makna

Tular di media sosial TikTok baru-baru ini apabila  Nuha Bahrin telah ‘ditegur’ seorang pelukis khat gara-gara rantai tulisan jawi yang dipakai penyanyi itu telah dieja dengan salah.

Pelukis khat yang dikenali sebagai Cheb Ali itu pada mulanya telah diminta netizen untuk memberikan sedikit komen mengenai ejaan pada rantai yang dipakai oleh Nuha.

Advertisement

Menurut Cheb, terdapat kesilapan ejaan pada rantai Nuha yang sebenarnya membawa maksud kepada nama Nabi Nuh.

Abang nak tegur sikit, bukan sebab lagu, tapi tentang rantai yang adik pakai tu. Kita boleh nampak huruf-huruf dalam rantai tu. Saya percaya adik Nuha nak pakai rantai namanya sendiri dengan huruf Nun, Wau, Ya dan Alif.

Tapi kalau ikut dalam Al-Quran, ayat satu surah Nuh, sama dalam rantai tu. Maaf kalau saya cakap, adik Nuha telah tersilap kerana pakai nama Nabi Noah.

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, netizen tampil mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu kerana telah berkongsi ilmu mengenai tulisan arab.

Alhamdulillah dapat ilmu hari ni. Saya ingatkan ejaan jawi, tapi rupanya berkait dengan perkataan dalam AlQuran jugak. MasyaAllah.

Aubrey Suwito
1 year ago

"Penonton Pun Semacam Suka" - Aubrey Suwito Beri Teguran, Kurangkan 'Drama' Bagi Naikkan Rating TV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...