“Penonton Pun Semacam Suka” – Aubrey Suwito Beri Teguran, Kurangkan ‘Drama’ Bagi Naikkan Rating TV

Hiburan

“Penonton Pun Semacam Suka” – Aubrey Suwito Beri Teguran, Kurangkan ‘Drama’ Bagi Naikkan Rating TV

Maestro muzik terkenal, Aubrey Suwito dilihat terpanggil untuk memberikan teguran mengenai isu komen juri yang kini sedang hangat diperkatakan.

Ujar Aubrey, juri sesebuah program TV perlu lebih tegas dan mempunyai cara yang lebih baik ketika menegur peserta.

Advertisement

Secara peribadi, saya fikir ‘on-air humiliation’ perlu dihentikan. Kalau nak marah, pergi ke bilik persalinan selepas habis persembahan.

Katanya lagi, rancangan realiti TV yang ditayangkan pada ketika ini lebih berkisarkan kepada ‘drama’ dan komen-komen pedas sehingga berjaya membuatkan program tersebut menjadi tular dan diperkatakan orang ramai.

BACA: “Trend ‘Sembur’ Orang Ni Dah Basi” – Azwan Ali Kritik Cara Penjurian Mas Idayu Dalam Program Realiti TV

Penonton juga seolah-olah suka kepada pengisian tersebut namun dari sudut jangka panjang, ia boleh menjejaskan keseluruhan industri muzik tempatan.

Aubrey juga meminta agar pelopor muzik untuk memberi fokus yang lebih kepada bakat unik yang dimiliki seseorang penyanyi berbanding memalukan mereka di televisyen.

Beliau juga sempat memberi nasihat kepada mana-mana penyanyi dan artis yang pernah dimalukan di kaca TV untuk terus tabah dan menjadi diri sendiri selain berusaha memperbaiki gaya muzik dan kualiti nyanyian yang dibawa mereka.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Tinggalkan Komen Anda Di Sini