“Sikit Sikit Pergi Memancing, Main Bola, Isteri Jaga Anak Dekat Rumah” – Zara Zya Tegur Suami Yang ‘Lupa Dunia’

Hiburan

“Sikit Sikit Pergi Memancing, Main Bola, Isteri Jaga Anak Dekat Rumah” – Zara Zya Tegur Suami Yang ‘Lupa Dunia’

Pelakon Zara Zya mencuri perhatian selepas meluahkan pandangannya mengenai segelintir lelaki yang terlalu mengutamakan hobi sehingga melupakan tanggungjawab terhadap keluarga.

Menerusi satu hantaran di Threads, Zara berkata dia kurang gemar melihat lelaki yang terlalu taksub dengan aktiviti kegemaran mereka sehingga sering meninggalkan isteri dan anak di rumah.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ZaraZya (@zarazya)

Antara contoh yang diberikan termasuklah keluar memancing atau bermain bola sehingga lewat malam dan hanya pulang ketika hampir waktu Subuh.

Saya tak suka lelaki yang ada hobi sampai lupa dunia. Contoh, sikit-sikit pergi memancing. Sikit-sikit pergi main bola. Selagi tak dekat subuh tak ingat nak balik. Isteri pula jaga anak kat rumah.

Menurut Zara, golongan suami juga perlu mengambil kira bahawa isteri turut mempunyai minat, hobi dan kehidupan sosial sendiri, bukannya hanya perlu berada di rumah menjaga anak sepanjang masa.

Ingat isteri tu takde hobi takde kawan ke?

Threads ZaraZya

Luahan tersebut sekali gus mencetuskan perhatian ramai di media sosial apabila ia menyentuh isu pembahagian masa antara hobi, kehidupan sosial dan tanggungjawab dalam rumah tangga.

Apa pun, mempunyai hobi sememangnya bukan satu kesalahan, namun keseimbangan antara masa untuk diri sendiri dan keluarga tetap penting supaya pasangan tidak berasa terbeban atau terpinggir.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-24 10:54:38

"Orang Luar Yang Lebih-Lebih, Sibuk Jela" - Janna Nick Pertahan Najwa Latif Isu ‘Body Shaming’

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads