Semalam, Shaheizy Sam telah membuat pengumuman yang mengejutkan ramai pihak dimana beliau bakal berkahwin dengan Syatilla Melvin meskipun sebelum ini kedua-duanya menafikan sedang bercinta.
Jelas Sam, Syatilla wanita yang cukup sesuai buatnya kerana sepanjang mereka berkenalan selama 6 tahun, wanita itu sentiasa berada di sisinya selain sabar melayan kerenah Sam.
Saya sebenarnya seorang ‘diva’ tetapi sepanjang perkenalan dengan Syatilla dia sangat penyabar orangnya dan saya belum pernah bertemu dengan seorang wanita sepertinya.
Sikap dia yang boleh tahan dengan perangai saya membuatkan terdetik di hati bahawa dia adalah pilihan tepat. Pusinglah ikut mana pun, susah senang saya dia sentiasa ada di sisi saya.
Sebenarnya Sam akui beliau sudah lama tahu Syatilla calon isteri yang terbaik buat beliau, cuma sebelum ini aktor itu terlalu fokus dengan kerjayanya dan tidak pernah terfikir akan soal kahwin.
Keutamaan saya terhadap keluarga dan kerjaya membuatkan saya pandang ringan terhadap soal kahwin tetapi inilah dinamakan jodoh. Malah sekiranya ditanya oleh pihak wartawan soal kahwin saya tidak pernah mengelak dan memberitahu sudah bersedia cuma saya sendiri tidak tahu bila dan dengan siapa.
Alhamdulillah akhirnya semuanya terjawab kini dan harapan saya agar semua mendoakan kebahagian kami berdua.
Berita pernikahan mereka menerima pelbagai reaksi dan diakui ada sesetengah pihak kurang senang dengan sikap Syatilla yang sebelum ini memberikan kenyataan palsu dan menjelaskan tidak tahu akan sidang media yang dianjurkan oleh Sam.
Syatilla menerusi portal mStar berkata beliau tidak pernah berniat untuk menyembunyikan perkara berkenaan tetapi ingin membiarkan Sam sendiri yang mendedahkan hubungan mereka bila tiba masa yang sesuai.
Alhamdulillah dengan adanya majlis pada hari ini hanya Allah yang tahu betapa leganya saya kerana tidak perlu menyorok tentang hubungan kami. Malah sebelum ini pun saya sudah berjanji akan beritahu semuanya sekiranya apa yang ditimbulkan menjadi realiti.
Pada saya sekarang adalah masa paling sesuai untuk saya dan terutamanya Sam berbuat demikian.
Tahniah kami ucapkan kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin, kami doakan segala perancangan perkahwinan mereka berdua berjalan dengan lancar.