Sikap Kasar & Eksploitatif Pengasas Nas Daily Akhirnya Terbongkar

Dunia

Sikap Kasar & Eksploitatif Pengasas Nas Daily Akhirnya Terbongkar

Baru-baru ini, sebuah perkongsian di laman sesawang Facebook tular seluruh Filipina mengenai seorang gadis yang berkongsi pengalamannya bekerja dengan pengasas syarikat media Nas Daily iaitu Nuseir Yassin.

Gadis tersebut bernama Louise De Guzman Mabulo yang juga merupakan pengasas kepada ‘Projek Kakao’ di Filipina, telah merungkai cerita sebenar sewaktu dia bekerja dengan Nuseir Yassin pada tahun 2019.

Advertisement

Ketika itu, personaliti media sosial tersebut telah datang ke Filipina untuk membuat liputan tentang ceritanya. pada awalnya dia berasa seronok kerana dia juga merupakan peminat Nuseir Yassin ketika itu dan selalu menghabiskan masanya seharian untuk menonton video Nas Daily bersama ayahnya.

Namun, kadang-kadang realiti tidak sama dengan apa yang kita bayangkan. Pengalamannya bekerja dengan Nusseir Yassin itu sebenarnya ‘indah khabar dari rupa’.

Perkongsiannya itu telah menyebabkan ramai pihak yang terkejut dan seakan tidak percaya yang Nusseir Yassin berkelakuan sebegitu. Sebenarnya, apa yang dia telah lakukan?

3 years ago

Nas Daily Yang Sebelum Ini Diharamkan Kini Sudah Boleh Masuk Ke Malaysia?

Dalam perkongsian itu, dia memberitahu yang pengasas Nas Daily, Nusseir Yassin merupakan seorang yang hanya mementingkan kandungan semata-mata.

Semasa mereka bekerja bersama di Filipina, dia berasa agak kurang senang dengan sikap Nusseir Yassin yang sangat mementingkan diri.

Louise De Guzman Mabulo turut menyatakan yang pengasas Nas Daily itu mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati terhadap ‘Projek Kakao’ seperti “tidak ada orang yang ingin mendengar tentang petani dan peladang” dan “kandungan seperti ini bukan lah sesuatu yang menarik perhatian penonton Nas Daily”.

Lebih teruk lagi, dia turut mendiskrimasi masyarakat di Filipina dan berkali-kali melabel masyarakat di perkampungan San Fernando, Camarines Sur sebagai masyarakat yang miskin.

Louise De Guzman Mabulo dan Nas Daily

Gambar Louise De Guzman Mabulo ketika Nas Daily di Filipina – via Facebook

“Setelah mendiamkan diri selama dua tahun, sekarang tiba masanya untuk saya membuka cerita”

Menurut Lousie De Guzman Mabulo, dia telah menyimpan cerita ini selama dua tahun dan merasakan sekarang adalah masa paling sesuai untuk dia membongkarkan tentang kejadian yang berlaku semasa mereka bekerja bersama itu.

Punca dia berdiam diri selama dua tahun tersebut adalah kerana dia tidak mahu mempertaruhkan kampung halamannya dan para petani di situ kerana telah diserang oleh beberapa influencer.

Baginya, kehadiran Nusseir Yassin hanya lah untuk mengeksploitasi dan memenuhi naratif neokolonial iaitu dengan menggunakan penduduk tempatan Filipina untuk dikhabarkan kepada orang luar negara.

Dia turut berasa kecewa apabila ada juga sesetengah individu dalam masyarakat Filipina yang masih mempertahankan perbuatan Nusseir Yassin mengeksploitasi warga tempatan.

Tambahnya lagi, dia menganggap yang masyarakat Filipina tidak seharusnya menerima nasib dipergunakan oleh orang luar yang ingin mengambil kesempatan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...