Pendakwah bebas popular iaitu Ustaz Kazim Elias memaklumkan dirinya kini masih mengalami kesukaran untuk tidur dengan tenang sejak 15 tahun lalu.
15 tahun tak tidur lena
Menurut Ustaz Kazim dalam laporan Berita Harian, dia hanya boleh tidur dengan tenang apabila di dalam kereta saja.
Bahkan terpaksa meminta pemandu untuk memandu hingga ke Tanjung Malim, Perak sebelum patah balik semula ke kediamannya.
View this post on Instagram
Saya mula kena sihir pada tahun 1997 dan sudah mula beransur pulih sejak 2021. Sihir ini tidaklah hilang sepenuhnya, ‘tapak’ dan ‘bekas’ daripada gangguan itu masih ada.
Banyak pantang larang
Dalam pada itu, Ustaz Kazim berkata dirinya kini perlu menjalani beberapa pantang larang termasuklah, tidak ambil makanan yang boleh menimbulkan bisa dan memudaratkan tubuh badan.
Antara lain, saya perlu berpantang ketika bercakap sebab takut boleh buatkan orang terasa hati.
Sebelum ini, Ustaz Kazim mengejutkan orang ramai apabila memberitahu kaki dan perutnya membengkak serta keluar pakut berkarat dari badannya.