Penyanyi Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 38, baru-baru ini membuat hantaran di laman TikTok menunjukkan kekasih baharunya.
Menerusi entri tersebut, Ashira menerangkan bahawa posting itu dibuat sempena 90 hari mereka bersama.
90 days today. Thank you my love.”
@ashiragv7 #90daystoday Thank you love????
Tinjauan ke ruangan komen, rata-rata menyokong perhubungan kedua pasangan berikut dan berharap hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Akan tetapi, menerusi komen di sebuah forum hiburan, ada juga segelintir warganet yang mengambil peluang mengkritik hubungan berkenaan serta membangkitkan isu rumah tangga Ashira dengan bekas suami, Bad Indigo.
Sekadar info, Ashira sebelum ini pernah didakwa meninggalkan Bad Indigo kerana penyakit yang dihidapi bekas suaminya itu.
Namun, Bad menjelaskan punca penceraian berlaku adalah kerana sikap tidak jujurnya merahsiakan penyakit yang dialami daripada Ashira.
Ren raj
December 2, 2022 at 8:20 am
Semoga jodoh syira Dan pasangan akan di permudahkan ke fasa seterusnya. Terima buruk baik pasangan Dan bersikap jujurla.. Usah pedulukan apa yang orang kata. Meski dalam hidup kita ada kesalahan. Namun. Terus perbaiki Dan Menjadi hamba Allah yang terbaik Dari hari hari sebelumnya. . Insaa Allah..aamiin
tecit
November 30, 2022 at 2:38 pm
90 days? what the fish dah mcm kanak2 riang bercinteeee. ganyutttttt tpnye