“Siapa Suruh Kurang Ajar, Semoga Semua Family Puaka Tu Masuk Jail Termasuk You” – Puteri Sarah Di ‘Block’ Syamsul Semula

Hiburan

“Siapa Suruh Kurang Ajar, Semoga Semua Family Puaka Tu Masuk Jail Termasuk You” –  Puteri Sarah Di ‘Block’ Syamsul Semula

Siapa sangka pengarah sensasi, Syamsul Yusof mengambil keputusan untuk tidak melepaskan isteri pertama, Puteri Sarah biarpun sebelum ini berkata sudah mencapai kata sepakat.

Difahamkan, punca Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah adalah kerana aktres tersebut tidak mahu menarik balik saman terhadap isteri keduanya, Ira Kazar serta nafkah anak yang diminta didakwa terlalu tinggi.

Advertisement

Terbaharu, Puteri Sarah atau mesra disapa sebagai Sarah itu telah membuat Instagram Stories menunjukkan bukti dirinya telah di block semula oleh Syamsul di aplikasi WhatsApp.

ig story puteri sarah

Bukan itu saja, Sarah turut menunjukkan mesej luahan hatinya yang berasa marah kerana suami tetap mahu mempertahankan keluarga Ira Kazar biarpun sedar segala hal yang dilakukan oleh mereka sebelum ini kepada aktres itu.

Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut memberi amaran kepada Syamsul agar tidak masuk campur urusannya bersama keluarga Kazar.

ig story puteri sarah

Sekadar info, Syamsul Yusof dan Ira Kazar telah bernikah di negara Thailand pada awal tahun ini berwalikan bapa wanita tersebut yang merupakan pelakon veteran, Kazar.

2 years ago

Minta Sarah Tarik Semula Saman Ira Kazar & Kurangkan Nafkah Anak Jadi Punca Syamsul Tak Lafaz Talak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...