Minta Sarah Tarik Semula Saman Ira Kazar & Kurangkan Nafkah Anak Jadi Punca Syamsul Tak Lafaz Talak

Hiburan

Minta Sarah Tarik Semula Saman Ira Kazar & Kurangkan Nafkah Anak Jadi Punca Syamsul Tak Lafaz Talak

Pengarah, Syamsul Yusof membatalkan hasrat untuk melafazkan talak terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Menurut Sarah, Syamsul enggan menceraikannya kerana dia mahu meneruskan saman terhadap madunya, Ira Kazar.

Advertisement

Bagaimanapun, aktres berusia 37 tahun itu berkata dia akan tetap dengan pendiriannya dan tidak akan menarik semula saman tersebut.

Saya tak akan tarik semula saman terhadap keluarga Kazar sebab selama ni, itu yang saya perjuangkan.

Bukan itu sahaja, Sarah turut memaklumkan pengarah filem Mat Kilau itu juga meminta untuk mengurangkan jumlah bayaran nafkah yang dituntut untuk kedua anak mereka Syaikhul Islam dan Sumayyah.

Lebih mengejutkan lagi, Syamsul minta diskaun untuk bayaran nafkah anak sedangkan kami tak minta banyak pun.

Jelasnya lagi, Syamsul tidak bersetuju dengan bayaran nafkah dan mereka gagal mencapai kata sepakat mengenai perkata itu.

Sehubungan itu, mahkamah dijangka akan meneruskan prosiding dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Syamsul Yusof Ubah Fikiran Enggan Lafaz Talak, Puteri Sarah Keluar Bilik Mahkamah Mata Bengkak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...