Tular di media sosial TikTok baru-baru ini, mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna yang memaparkan pelakon dan usahawan iaitu Tya Ariffin telah mencuri perhatian orang ramai.
Menerusi video tersebut, Tya atau nama sebenarnya Nurtria Wulandari binti Arifin dilihat sedang berada di sebuah set penggambaran.
Apa yang mencuri perhatian orang ramai ialah apabila isteri kepada usahawan, Ashraf Khalid itu turut memakai gaun berwarna merah sambil berbaring di atas katil.
Bukan itu sahaja, seorang lelaki dipercayai suaminya telah memegang pinggangnya dan Tya turut dilihat memegang bahu lelaki berkenaan.
Malah, terdapat babak di mana pelakon berusia 27 tahun itu dilihat berada di dalam bilik air sambil membuka ‘bathrobe’ mandian.
Menjengah di ruangan balas, video berdurasi 18 saat itu telah menerima pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya mempersoalkan tindakan Tya kerana memilih adegan panas sebagai content video promosi tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.