“Siapa P*kimak Yang Special Sangat Ni?” – Ulang Balik ‘Movie’ Lepas 45 Minit, Netizen Minta Pawagam Beri Penjelasan

Hiburan

“Siapa P*kimak Yang Special Sangat Ni?” – Ulang Balik ‘Movie’ Lepas 45 Minit, Netizen Minta Pawagam Beri Penjelasan

Tular di media sosial semalam apabila muncul dakwaan di mana sebuah pawagam di Viva City, Kuching,Sarawak telah mengulang kembali filem The Batman selepas 45 minit ianya ditayangkan hanya disebabkan ada pelanggan yang tiba lewat ke pawagam.

Perkara tersebut telah dimuat naik ke laman Twitter oleh pengulas filem terkenal, ZhafVlog dan ternyata telah mengundang kritikan daripada netizen.

Advertisement

Dalam hantaran tersebut, Zhaf telah memuat sebuah tangkap layar di mana seorang individu di Facebook yang merungut kerana terpaksa melihat ulang tayang filem tersebut setelah dimainkan di layar selama 45 minit.

Filem ini berdurasi 178 minit. Sekarang saya terpaksa bertahan 45 minit lagi hanya sekumpulan orang masuk lewat?

Pihak pawagam tersebut hanya memberi alasan bahawa terdapat ‘pelanggan’ yang baru tiba dan filem tersebut terpaksa dimulakan daripada awal.

Selain itu, pihak mereka juga memaklumkan akan memberi ganti rugi namun individu tersebut berkata ianya bukan soal wang tapi soal keadilan.

Setelah menjadi tular di media sosial, pawagam tersebut tampil membuat permohonan maaf dan akan mengembalikan wang serta dua tiket filem secara percuma kepada pelanggan yang terjejas.

Yusuf Azmi ZhafVlog
2 years ago

"Terlalu Sampah, Filem Tiada Maruah"- Yusuf Azmi Mahu Jumpa ZhafVlog Isu Ulasan Filem Syahadan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...