“Siapa Kita Nak Hukum Manusia” – Cukup Sekadar Jadikan Pengajaran, Mila Jirin Tak Setuju Artis Di ‘Blacklist’

Hiburan

“Siapa Kita Nak Hukum Manusia” – Cukup Sekadar Jadikan Pengajaran, Mila Jirin Tak Setuju Artis Di ‘Blacklist’

Sedia maklum, susulan kontroversi ‘panas’ yang melanda pada Ruhainies dan Aliff Aziz, baru-baru ini membuatkan nama mereka menjadi sasaran kecaman warganet.

Rata-rata netizen mengesa agar pihak produksi letak nama mereka dalam senarai hitam kerana merasakan artis berperilakuan seperti itu tidak layak berada di mana-mana saluran televisyen.

Advertisement

Mila Jirin tak setuju

Bersuara bagi pihak netizen, penyanyi dan usahawan, Mila Jirin kurang bersetuju dengan cadangan blacklist nama selebriti jika mereka terpalit dalam kontroversi ‘panas’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Amylea (@amyleaazizan)

Kata Mila, sebagai manusia biasa, tidak layan untuk kita menghukum seseorang sedemikian kerana ia boleh mendatangkan keburukan.

Manusia tak lari dari membuat silap

Menurut usahawan Bizmilla ini, setiap manusia, termasuklah selebriti tidak lari dari membuat kesilapan dan tindakan menghukum sedemikian boleh mendatangkan hal-hal yang tidak baik.

Sebaliknya mereka yang membuat kesilapan, paling penting perlu kembali sedar dan tidak mengulanginya lagi.

Perkembangan lain, Mila memberitahu dia baru saja melancarkan lagu baru berjudul Sandera dan lagu tersebut dicipta oleh Amylea Azizan.

david
1 month ago

"Ramai Turut Boikot Golongan Bermasalah Ini, Saya Angkat Dua Ibu Jari.." - David Teo Setuju Penerbit 'Blacklist' Artis Kontroversi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...