Sedia maklum, susulan kontroversi ‘panas’ yang melanda pada Ruhainies dan Aliff Aziz, baru-baru ini membuatkan nama mereka menjadi sasaran kecaman warganet.
Rata-rata netizen mengesa agar pihak produksi letak nama mereka dalam senarai hitam kerana merasakan artis berperilakuan seperti itu tidak layak berada di mana-mana saluran televisyen.
Mila Jirin tak setuju
Bersuara bagi pihak netizen, penyanyi dan usahawan, Mila Jirin kurang bersetuju dengan cadangan blacklist nama selebriti jika mereka terpalit dalam kontroversi ‘panas’.
View this post on Instagram
Kata Mila, sebagai manusia biasa, tidak layan untuk kita menghukum seseorang sedemikian kerana ia boleh mendatangkan keburukan.
Manusia tak lari dari membuat silap
Menurut usahawan Bizmilla ini, setiap manusia, termasuklah selebriti tidak lari dari membuat kesilapan dan tindakan menghukum sedemikian boleh mendatangkan hal-hal yang tidak baik.
Sebaliknya mereka yang membuat kesilapan, paling penting perlu kembali sedar dan tidak mengulanginya lagi.
Perkembangan lain, Mila memberitahu dia baru saja melancarkan lagu baru berjudul Sandera dan lagu tersebut dicipta oleh Amylea Azizan.