Siapa Kata Kena Barang Mahal? Ini 6 Keperluan Untuk Kulit Sihat, Glowing Macam Artis!

Branded

Siapa Kata Kena Barang Mahal? Ini  6 Keperluan Untuk Kulit Sihat, Glowing Macam Artis!

Memiliki kulit sihat dan sekaligus mekap yang on point menjadi idaman setiap wanita. Tapi masih ramai yang tercari-cari skincare dan barangan mekap bersesuaian untuk mencapai look yang diinginkan. 

Kebanyakan beranggapan perlu barangan yang mahal dan berjenama untuk mendapatkan mekap seperti selebriti. Sebenarnya, dengan 6 produk dari Y.O.U Beauty ini juga korang boleh dapatkan penampilan seperti diidamkan.

Dazzling Glow Up Series

You Beauty Dazzling Series

Sebelum menyentuh soal mekap, apa yang paling penting adalah asasnya iaitu kulit yang sihat. Dazzling Glow Up Series diperkaya dengan Ekstrak Beras untuk mencerahkan dan melembapkan kulit, barulah berseri! Tak perlu tunggu lama pun kerana produk ni memberikan efek pencerahan segera. Pakai je terus rasa, WOW!

Tranexamic Acid pula melindungi kulit dari sinaran UV mengelakkan pigmentasi terbentuk dan menyekatakan tona kulit. Satu lagi bahan popular dalam penjagaan kulit, Niacinamide pula menjadikan kulit sihat, mengelak jerawat selain melembapkan kulit. Semuanya dengan satu bahan!

Dream Skin Perfect Cushion

You Beauty cushion

Dirumus dengan Breathable Formula menjadikanya ringan terletak di kulit, rasa macam tak pakai mekap je. Tapi liputannya tinggi untuk menutup pori, garis halus serta bintik hitam.

Rimas kan bila mekap dan kulit mula berminyak? Dream Skin Perfect Cushion ini mempunyai ciri kawalan minyak dan melembapkan. Ekstrak Iris Florentina menjadikan kulit lebih anjal serta elastik, melembapkan selain mengawal pengeluaran minyak. Barulah mekap tetap on-point seharian!

Stay All Day Eyeliner

You Beauty eyeliner

Bukan sekadar nama, eyeliner ini dicipta dengan Color-Lock Formula yang bertahan sehingga 24 jam. Muncung yang fleksibel dan ultra-lembut menyenangkan untuk membuat garisan tebal mahupun nipis.

7 ciri penting lain tentang eyeliner ini adalah:

-Kalis air

-Kalis peluh

-Anti geseran

-Anti comot

-Tidak meninggalkan kesan (transfer proof)

-Anti fading

-Warna yang gelap

Teardrop Brow Refiner

You Beauty brow refiner

Stres kan bila asyik buat kening tapi masih tak jadi? Dengan muncung Teardrop ini memudahkan sesi mekap setiap kali. Formula Smooth-Glide melancarkan proses mencipta kening sempurna namun masih kelihatan semulajadi.

Natural Perfect Eyeshadow

You Beauty Eyeshadow

Siapa yang tak sukakan eyeshadow yang pigmented? Warna-warna terang Natural Perfect Eyeshadow ini memberikan kemasan seperti diidamkan. Bahan-bahannya juga direka dengan ciri formula berkrim tanpa menghasilkan sisa.

Tona Maple (sebelah kiri) sesuai digayakan untuk look ke tempat kerja manakala Blossom (sebelah kanan) adalah untuk look party. Terpulang kepada kreativiti masing-masing menatarias solekan.

Rouge Velvet Matte Lip Cream

You Beauty Lip Cream

Akhir sekali, oleskan Rouge Velvet Matte Lip Cream dengan tekstur lembut serta ringan sepanjang hari. Apabila diaplikasi, lip cream ini cepat kering dan tidak mencemarkan gelas atau pelitup muka.

Walaupun cepat kering, ianya tidak mengeringkan kerana diperkaya dengan formula melembapkan dan melembutkan bibir iaitu minyak kelapa serta Vitamin E.

Terdapat 18 warna untuk dipilih. Nak penampilan lebih serius? Fun, edgy atau relax untuk outing di hujung minggu? Aneka warna pilihan sesuai untuk sebarang acara.

Promo waktu terhad!

Selain produk yang best-best, apa yang lagi best, sebab ada promo guys! Korang boleh nikmati diskaun 10% ditambah 10% diskaun ahli Watsons untuk pembelian Dazzling Series dan The Golden Age Series. Sampai 20% tu, jimat betul!

Ada sehingga 20% ditambah pula 10% untuk ahli Watsons bagi pembelian produk mekap Y.O.U Beauty terpilih. Promo berlangsung sehingga 3 Januari 22 untuk Semenanjung manakala di Sabah & Sarawak sehingga 10 Januari 2022.

Nak order online je? Shopee lah, mana lagi? Ada promo juga guys! Beli 1 percuma 1 di Lazada. Bukan tu je, bila beli 3 korang akan nikmati 60% off! Lebih dari separuh harga tu, memang jimat betul. RM50 Bundle Deals pun ada tau.  Promo berlangsung sekarang hingga 31 Disember 2021, selagi stok masih ada. Cepat!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...