Ada Ke Mekap & Skincare Bawah RM50? Hasilnya… Macam Produk High-End!

Branded

Ada Ke Mekap & Skincare Bawah RM50? Hasilnya… Macam Produk High-End!

Zaman sekarang ni dah banyak sangat produk skincare yang dijual kat luar tu. Sampai rasa tak tau mana nak pilih. Lepas tu nanti bila dah beli tak okay pula dengan muka, kan membazir je. 

Untuk pastikan kulit muka sentiasa sihat dan berseri, adalah penting untuk kita pilih produk yang sesuai dan baik untuk kulit. Kadang-kadang tu, tak perlu pun produk yang berjenama mahal. Beli apa yang ada dekat drugstore tu pun dah cukup.

Buat korang yang tak pernah beli produk dari drugstore tu, jangan risau sebabnya  produk-produk drugstore ni banyak yang okay dan best gila!


Produk Rangkaian Y.O.U Beauty Untuk Semua Wanita Cantik!

Korang yang dekat luar sana tu pernah dengar tak pasal produk Y.O.U Beauty? Kalau korang yang jenis suka mencuba produk-produk kecantikkan atau korang baru nak berjinak-jinak dalam dunia penjagaan kulit dan alat solek, produk-produk rangkaian daripada Y.O.U Beauty ni memang sangat sesuai untuk korang. 

Disebabkan terlalu banyak sangat pilihan-pilihan yang ada dekat drugstore tu, jadi dekat sini kami nak senaraikan produk-produk dari jenama Y.O.U Beauty yang korang wajib cuba. Yang paling best Y.O.U Beauty ni bukan saja ada produk penjagaan kulit, mekap pun dia ada sis!

1. Rouge Velvet Matte Lip Cream 

Rouge Velvet Matte Lip Cream ni menggunakan formula yang sangat ringan dan cepat kering, jadi ia sangat sesuai untuk dipakai sepanjang hari.

Buat korang yang kena datang ke pejabat dan selalu risau lipstick melekat dekat pelitup muka tu korang kena dapatkan Rouge Velvet Matte Lip Cream ni, sebab ia tak akan melekat pada pelitup muka korang! Ia juga ada mengandungi minyak kelapa dan juga Vitamin E untuk melembab dan melembutkan bibir. 

2. The Simplicity Eyeshadow Quad

Ada 4 warna menarik dalam 1 palette dan menjadikan ia sesuai untuk dipakai ke semua acara. Tekstur eyeshadow ni pun sangat lembut dan sangat mudah untuk di sapu. Sekali sapu je, terus melekat warna eyeshadow ni dekat kelopak mata korang tau. 

3. Y.O.U Extra Full Coverage Liquid Foundation


Kalau korang nak tahu, foundation ni ada terdapat dalam 5 pilihan warna yang sesuai dengan tona kulit wanita Asia. Jangan risau buat korang yang ada masalah kulit, sebab foundation ni sesuai untuk semua jenis kulit dan boleh menutup segala cela di muka korang sebab foundation ni ada full coverage!

4.Radiance White Series


Radiance White Series ni adalah salah satu daripada 3 Series penjagaan kulit dari Y.O.U Beauty. Dalam Radiance White ni ada mengandungi 9 kandungan pencerah aktif yang membantu untuk menyihatkan, mencerahkan kulit dan memulihkan lapisan kulit supaya lebih kuat.

Ia juga ada mengandungi Niacinamide yang boleh mencegah pembentukan melanin pada kulit muka korang. Dalam masa 28 hari sahaja kulit korang akan nampak lebih cerah dan berseri-seri bila guna Radiance White Series dari Y.O.U Beauty ni.


Y.O.U Beauty Pilihan Terbaik

Walaupun Y.O.U Beauty baru sahaja bertapak pada tahun 2018, namun Y.O.U Beauty telah pun mengeluarkan produk-produk penjagaan muka seperti “Golden Age Anti-Aging Series”, “Radiance White Brightening Series” dan “Dazzling Glow Up Series.”

Bagi produk solekan pula, Y.O.U Beauty telah pun mengeluarkan 3 rangkaian yang boleh korang pilih seperti “The Gold One” dan “The Simplicity Series.” & “Basic Collection”

Mana lagi korang nak cari produk yang terbaik dan berkualiti dengan harga yang mampu milik zaman sekarang ni? Semestinya dengan Y.O.U Beauty! 

Pelancaran Secara Virtual Y.O.U Beauty Bersama Watsons

Jom join pelancaran pertama Y.O.U Beauty pada 4hb Jun 2021, 5PM ni guys! Pelancaran virtual ini juga akan diacarakan oleh pengacara TV, Sofea Nursolehha Tun.

Di pelancaran itu nanti akan ada booth interaktif yang membolehkan korang semua untuk tahu lebih lanjut mengenai produk-produk yang ada di Y.O.U Beauty, korang juga boleh tonton video dan sembang secara virtual bersama penasihat kecantikan dari Y.O.U Beauty!

Yang paling menariknya korang juga boleh saksikan “Makeup Battle” diantara Risteena Munim and Ruhainies Farehah! Fuhhh, agak-agak kakak ke adik yang menang? Kalau nak tahu, make-up artis profesional, Faz Faozi pun join sekali tauu. Dapatlah juga korang tahu tips-tips mekap nanti.  

Eh, bukan itu sahaja, korang juga boleh menang giveaway dan sertai peraduan untuk menang hadiah menarik! Jadi, rugi sangat kalau korang tak join pelancaran virtual Y.O.U Beauty ni.

Buat korang yang berminat nak join pelancaran virtual ni korang boleh daftar di SINI. Setiap peserta juga akan menerima baucar eksklusif daripada Y.O.U Beauty bernilai RM5 untuk korang berbelanja di Watsons nanti!

Untuk info lanjut mengenai pelancaran virtual ni, korang boleh juga berhubung terus dengan Y.O.U Beauty di Instagram @youbeauty_my, Facebook YouBeauty Malaysia dan Tiktok @youbeauty_my.

Dapatkan Y.O.U Beauty Di Watsons Berdekatan & Online!

Nak dapatkan produk-produk rangkaian dari Y.O.U Beauty & Y.O.U Makeup? Korang klik je pautan dekat link ni dan pilih untuk beli di Watsons atau di Lazada.

Dapatkan Y.O.U Beauty untuk rasai kecantikan yang berpanjangan dan kekal lama!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...