Siap ‘Waiter’ Datang Meja Ambil Order, Netizen Teruja Lihat Layanan Restoran KFC Zaman 80 dan 90 an!

Gaya Hidup

Siap ‘Waiter’ Datang Meja Ambil Order, Netizen Teruja Lihat Layanan Restoran KFC Zaman 80 dan 90 an!

Merupakan antara restoran makanan segera yang terkenal di negara kita malah di seluruh dunia, Kentucky Fried Chicken (KFC) sememangnya dekat di hati setiap orang tidak kira umur dan kaum.

Hidangan KFC walaupun ringkas dengan menu ayam dan ‘side dishes’ yang enak seperti kentang putar, sayuran dan juga kentang goreng pastinya digemari dan boleh dikatakan makanan mampu milik setiap orang.

Advertisement

Tular di media sosial baru-baru ini apabila seorang individu telah memuat naik babak filem Ali Setan yang memaparkan para pelakon sedang makan di sebuah restoran KFC pada tahun 1980an.

Sedutan pendek filem itu sekaligus membuatkan individu yang lahir di tahun 80 dan 90-an terkenang kembali saat-saat makan di restoran makanan segera selain mengimbas seleksi menu yang tiada lagi wujud pada ketika ini.

Antara menu-menu yang sudah diberhentikan adalah seperti salad sayuran, minuman panas seperti teh cina, banana split dan nugget berbentuk huruf ABC.

menu kfc 80 an 90 anSumber : Google  
KFCSumber : Twitter  

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil menceritakan pengalaman makan di restoran KFC ketika di awal-awal pembukaannya di Malaysia.

Dulu-dulu KFC ada sediakan garfu dan pisau, sos pun dalam betul. Tapi ramai pelanggan asyik rembat je bawa balik rumah.

Masa 80-an dulu, kita orang tak makan KFC, kami makan Kentaki.

Kongsikan kepada kami kenangan anda makan KFC waktu zaman awal-awal ia menjadi fenomena di ruangan komen!

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Memang Cantik, Tapi..." - Soalan 'Viral' Di Facebook, Rupanya Ramai 'Insaf' Taknak Pergi Semporna Lagi Sebab...

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...