“Memang Cantik, Tapi…” – Soalan ‘Viral’ Di Facebook, Rupanya Ramai ‘Insaf’ Taknak Pergi Semporna Lagi Sebab…

Travel

“Memang Cantik, Tapi…” – Soalan ‘Viral’ Di Facebook, Rupanya Ramai ‘Insaf’ Taknak Pergi Semporna Lagi Sebab…

Tular baru-baru ini tentang soalan yang bertanyakan pendapat serta pengalaman orang ramai berkenaan negara yang pernah mereka lawati.

Menerusi hantaran tersebut, admin Kaki Travel bertanya kepada warganet tentang lokasi yang buat mereka rasa ‘taubat’ dah tak mahu pergi langsung.

Advertisement

Negara atau tempat korang pernah sampai tapi INSAF TAKNAK PERGI DAH.”

Berdasarkan komen-komen netizen di Facebook ramai yang memberitahu nama lokasi dan mengejutkan, rupa-rupanya antara tempat yang membuatkan rakyat kita sendiri tidak mahu pergi lagi selepas ini adalah Semporna, Sabah.

Masing-masing menceritakan pengalaman dan sebab mengapa mereka tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke sana. Antara sebab yang dinyatakan adalah kerana mereka berasa seperti berada di negara orang ketika di Semporna disebabkan ia penuh dengan pendatang asing.

Bukan itu sahaja, ada yang berkata Semporna mempunyai ramai pengemis dan beberapa tingkah laku penduduk yang membuatkan pelancong berasa kurang senang.

Sekadar info, Semporna yang terletak di pantai timur Sabah itu merupakan ‘rumah’ kepada pulau-pulau cantik dan terkenal yang menjadi tumpuan pelancong seperti Sipadan, Mataking, Mabul dan Pom Pom.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 bulan lalu

"Kau Jangan Main-Main Dengan Aku Tau!" - Teruja Nak Bercuti Sekali Kena 'Scam', Norreen 'Sembur' Agen Di Hatyai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    October 25, 2022 at 6:16 pm

    melancong kat sabah lain, sampai kita tak dpt beza yg mana orang malaysia. orang filipina dan indon ramai. agaknya mereka dah beranak-pinak-bercucu-cicit kat sana.

  2. anonymous

    October 3, 2022 at 9:05 pm

    sabah ni hak pinoy sebenarnya

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...