Tular di media sosial hari ini apabila sebuah butik baju melayu jenama terkenal di Bangi dilaporkan terbakar.
Video rakaman ketika Jabatan Bomba Malaysia bertungkus lumus memadamkan api turut menjadi tular namun lain pula yang difikirkan netizen.
Butik ELRAH kat Bangi terbakar…HQ katanya… sebelah Bulan Bintang…😱😱
TikTok@elazman pic.twitter.com/xGYYD8yCS5
— rizalhakimm (@rizalhakimm1) March 23, 2024
Sebelum itu, video kebakaran itu juga dimuat naik pemilik butik berkenaan di TikTok.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa bingung dengan video butik yang terbakar kerana orang awam boleh terlibat dalam usaha pihak bomba memadam kebakaran dan juga sempat buat ‘content’.
Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.