“Siap Melutut Depan Ibu” – Pensyarah IPTA Didakwa Tawar RM20K Suruh Pelajar Tutup Kes Gangguan Seksual

Kehidupan

“Siap Melutut Depan Ibu” – Pensyarah IPTA Didakwa Tawar RM20K Suruh Pelajar Tutup Kes Gangguan Seksual

Sedia maklum, terdapat satu kes berkaitan seorang pensyarah telah didakwa melakukan perbuatan jijik secara seksual terhadap pelajarnya dan hal ini terbongkar selepas pelajar berkenaan mendedahkan isu terbabit.

Dari pendedahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut iaitu Farah Azuin Razak, pensyarah berkenaan telah menyuruhnya untuk menjawab soalan lucah atas alasan ingin membuat survey (kaji selidik).

Advertisement

Susulan hal itu, dia mengambil keputusan buat laporan di Balai Polis Tangkak setahun lalu dan menyerahkan sekali bukti rakaman telefon serta mesej-mesej yang diberi oleh pensyarah itu.

Bagaimanapun, Farah meluahkan rasa kecewa kerana biarpun sudah lebih setahun, masih belum ada sebarang tindakan undang-undang dikenakan dan pihak univerisiti juga hanya mendiamkan diri sahaja.

Pada 6 September yang lalu, pensyarah tersebut telah pun menghantar notis kepada Farah dengan mengatakan dia akan mengambil tindakan saman malu kerana maklumat peribadinya tersebar.

pensyarah bagi soalan lucah kepada pensyarah

Menurut Farah, selepas dia membuat laporan polis, pensyarah itu ada menghubunginya untuk meminta maaf dan mahu gadis itu menarik semula laporan yang dilakukan.

Kerana tidak mahu mengikuti apa yang disuruh, pensyarah berkenaan mengambil tindakan menjejak tempat kerja lamanya sebelum pergi ke kampungnya di Tangkak.

Dia datang rumah saya, minta maaf dekat ibu bapa saya. Sampai melutut depan mak saya. Kami suruh balik, dia tak nak balik.

Bukan hanya sanggup melutut, malah dia turut menawarkan wang sebanyak RM20,000 kepada keluarga agar tarik balik laporan polis yang dilakukan.

Walaupun sudah setahun, Farah buntu kenapa kes ini masih belum mendapat keadilan sedangkan segala bukti sudah pun diberi.

4 bulan lalu

"Lokasi Pilihan Semasa S*ks" - Gadis Trauma Disuruh Pensyarah Jawab Kaji Selidik Berbaur Lucah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    September 30, 2022 at 9:18 am

    dah sangap sangat cari pelacur je la

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...