Sedia maklum, terdapat satu kes berkaitan seorang pensyarah telah didakwa melakukan perbuatan jijik secara seksual terhadap pelajarnya dan hal ini terbongkar selepas pelajar berkenaan mendedahkan isu terbabit.
Dari pendedahan yang dilakukan oleh pelajar tersebut iaitu Farah Azuin Razak, pensyarah berkenaan telah menyuruhnya untuk menjawab soalan lucah atas alasan ingin membuat survey (kaji selidik).
Susulan hal itu, dia mengambil keputusan buat laporan di Balai Polis Tangkak setahun lalu dan menyerahkan sekali bukti rakaman telefon serta mesej-mesej yang diberi oleh pensyarah itu.
Lepas 1 tahun lebih kes ni . Baru harini ada keberanian nak cerita dekat public. Selamani diamkan diri serahkan semuanya dekat polis&uitm. But till now still nothing. pic.twitter.com/25e9b7qdeR
— ? (@awwinnn_) August 16, 2022
Bagaimanapun, Farah meluahkan rasa kecewa kerana biarpun sudah lebih setahun, masih belum ada sebarang tindakan undang-undang dikenakan dan pihak univerisiti juga hanya mendiamkan diri sahaja.
Pada 6 September yang lalu, pensyarah tersebut telah pun menghantar notis kepada Farah dengan mengatakan dia akan mengambil tindakan saman malu kerana maklumat peribadinya tersebar.
Menurut Farah, selepas dia membuat laporan polis, pensyarah itu ada menghubunginya untuk meminta maaf dan mahu gadis itu menarik semula laporan yang dilakukan.
Kerana tidak mahu mengikuti apa yang disuruh, pensyarah berkenaan mengambil tindakan menjejak tempat kerja lamanya sebelum pergi ke kampungnya di Tangkak.
Dia datang rumah saya, minta maaf dekat ibu bapa saya. Sampai melutut depan mak saya. Kami suruh balik, dia tak nak balik.
Bukan hanya sanggup melutut, malah dia turut menawarkan wang sebanyak RM20,000 kepada keluarga agar tarik balik laporan polis yang dilakukan.
Walaupun sudah setahun, Farah buntu kenapa kes ini masih belum mendapat keadilan sedangkan segala bukti sudah pun diberi.