“Siap Jerit Suara Tinggi” – Pasangan Laki Bini Selebriti Asyik ‘Kebas’ Harta Mak Ayah, Tengking Kalau Minta Tak Dapat

Hiburan

“Siap Jerit Suara Tinggi” – Pasangan Laki Bini Selebriti Asyik ‘Kebas’ Harta Mak Ayah, Tengking Kalau Minta Tak Dapat

Memetik Boom, satu kisah panas membabitkan pasangan suami isteri bergelar selebriti dikhabarkan telah berkelakuan buruk terhadap orang tua mereka.

Kata Cik Lesung, pasangan suami isteri itu boleh menyanyi, berlakon dan merupakan personaliti rancangan televisyen tempatan.

Advertisement
Utusan MalaysiaSumber : Utusan Malaysia  

Pasangan itu dikatakan sering ‘menghabiskan’ harta mak ayah dan hanya melayan baik orang tua mereka ketika duit masih banyak.

Ada sekali tu katanya, si ibu ada masalah bayaran dek PKP, masa inilah si suami isteri yang suam-suam kuku ni kemain biadap dengan ibu bapanya.

Siap jerit dekat mak dan marah dengan suara beroktaf tinggi. Semua salah tak ada yang betul.

Apa yang membuatkan berita itu sukar diterima kerana pasangan suami isteri ini nampak baik dan lemah lembut serta petah berbicara ketika di hadapan umum.

Jika si ibu sudah mempunyai wang, pasangan suami isteri akan muncul dan melayan mesra ibu bapa malah siap mengirim hadiah lagi.

Pasangan suami isteri itu juga mempunyai pelbagai perniagaan seperti menjual air, makanan, tudung, baju dan alat solek namun gagal diusahakan dan tidak berjaya.

Azwan Ali Mas Idayu
1 year ago

"Trend 'Sembur' Orang Ni Dah Basi" - Azwan Ali Kritik Cara Penjurian Mas Idayu Dalam Program Realiti TV

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...