Sebelum ini, tular mengenai sebuah hantaran video oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Cikgu Sammi yang memberikan sendikit kritikan mengenai Sambal Nyet Khairul Aming.
Menerusi video tersebut, Cikgu Sammi menunjukkan pembungkusan Sambal Nyet yang diterima telah dipenuhi dengan minyak yang tertumpah dari botol sehingga mengundang rasa curiga sekiranya kualiti sambal terjejas atau tidak.
Malah, dia turut memberi cadangan untuk menambah baik cara pembungkusan Sambal Nyet dengan menambah kotak pembungkusan.
Mungkin Khairul boleh consider tambah la satu kotak packaging untuk elak perkara sebegitu berlaku.
@cikgusamm Mmmm.. kena improve ni #cikgusamm #cikgusammtips #packaging #sambal #sambalpenyet #khairulaming #khairulamingrecipe @Khairulaming
Tampil memberi penjelasan, Khairul Aming memohon maaf kepada Cikgu Sammi dan berjanji akan menggantikan dengan sambal yang baru.
Jelasnya lagi, sebelum ini team Sambal Nyet juga pernah terfikir untuk menggunakan kotak tambahan untuk memastikan penghantaran sambal lebih selamat.
Namun, perkara ini tidak dapat dilakukan atas empat faktor iaitu kadar kerosakan yang rendah, kekangan masa, kecekapan kos, dan bagi memudahkan courier.
@khairulaming Ini penjelasan kenapa kita tak pakai extra kotak untuk sambal nyet. Maaf di atas kebocoran sambal dan terima kasih @CikguSamm| Coach Biz & Produk for the feedback! ? #makanlokal #sambalnyet
1. Kadar Kerosakan Yang Rendah
Menurut data yang dikumpul, dalam 25,000 botol yang dijual, hanya 2 – 3 botol sahaja yang mengalami masalah dalam masa seminggu. Disebabkan peratusan kerosakan yang terlalu rendah, pihaknya tak dapat menambah kotak tambahan untuk pembungkusan Sambal Nyet.
2. Kekangan Masa
Selain itu, penambahan kotak akan menimbulkan masalah kekangan masa untuk setiap pembukusan. Hal ini kerana, setiap pembungkusan akan mengambil masa 1 minit 5 saat dan jika kotak ditambah ianya pasti akan mengambil masa yang lebih lama sekaligus melambatkan proses penghantaran.
3. Kecekapan Kos
Jelas Khairul, bagi setiap satu kotak, kos yang diperlukan dalam anggaran 30 sen, 50 sen dan RM1 bergantung kepada saiz. Jadi, ianya akan menjadi satu pembaziran jika dibandingkan dengan kadar kerosakan yang rendah.
4. Memudahkan Courier
Faktor terakhir adalah bagi memudahkan kerja-kerja penghantaran apabila pihak courier boleh memegang parcel dengan hanya menggunakan sebelah tangan ketika scan barang dan mudah untuk dimasukkan di dalam guni.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.